Bab 1 :

119 14 0
                                    

Bang !

Bunyi hempasan pintu memecahkan kesunyian malam itu. Dari satu sudut yang lain,kelihatan sesosok lelaki yang sudah berusia sedang melafazkan sesuatu sambil mengusap-usap kerisnya.

Bau Limau nipis,asap kemenyan dan bunga melati semerbak memenuhi  pondok usang itu.

"Dari laut aku puja,
Puteri Ketiga pendampingnya,
7 dara sunti telah ku persembahkan,
Kesetiaan mu aku dambakan,
Datanglah berdamping denganku,
Datanglah menjadi khadamku."

Sebaik sahaja mantera dilafazkan,angin mula bertiup kencang,mengegarkan pondok usang itu.Tingkap kecil pondok itu menghentam deras seolah olah di tolak dengan deras dari arah luar.

Dukun itu tiba tiba tersenyum menyeringai.Kepalanya diangkat memandang satu sudut bilik itu sambil mengujarkan sesuatu yang tak mampu didengari.

"Iman Syaffiah!" Jerkahan Puan Aisyah menyentakkan Syaffiah dari tidurnya. Dia bingkas bangun sambil mengosok kelopak matanya bagi menghilangkan rasa kantuk.

"Eh- sorry madam.Saya sibuk fikir jawapan sampai terlelap hehehe" sengihan tidak bersalah diukirkan.

Rakan sekelas Syaffiah cuma mampu tersenyum memandang gelagatnya.Semua sudah masak akan sikapnya yang mudah tertidur di dalam kelas.

Puan Aisyah bercekak pinggang sambil memandang tajam kearah Syaffiah.

"Pergi turun basuh muka sekarang.Don't you dare nak merayau ke tempat lain pulak."

Perlahan lahan,Syaffiah mengorak langkah menuju ke tandas yang terletak diaras bawah.Fikirannya melayang memikirkan mimpi yang baru sahaja dia alami.

'Haih itulah.Tidur lagi siang siang macam ni' Gumam Syaffiah di dalam hatinya. Matanya meliar memandang persekitaran sekolahnya.

Sedar tak sedar,ini adalah hari terakhir dia bersekolah disini sebelum dia  berpindah ke Kedah untuk menetap disana bersama datuknya.

Keluhan berat dilepaskan,dia cuma berharap dia dapat menyesuaikan diri dengan baik. Keadaan memang agak sukar bagi Syaffiah,namun mengenangkan datuknya yang tinggal sendirian setelah pemergian arwah nenek,dia jadi kasihan pula hendak membiarkan orang tua itu tinggal berseorangan.

Kakinya berhenti dari melangkah sebaik sahaja tiba dihadapan pintu tandas blok B itu.Pintu yang rosak akibat kerja pelajar pelajar nakal itu ditolaknya perlahan.Pili air dipulas perlahan sebelum kedua tangan itu menadah air untuk mencuci muka.

Keadaan tandas yang sunyi membuatkan Syaffiah membasuh mukanya dengan tergesa gesa akibat berasa seolah olah diperhatikan.

"Opocot mak hang belen!" latah Syaffiah terkejut sebaik sahaja melihat bangkai tikus yang terletak di belakang pintu tandas.

Tanpa melengahkan masa,dia terus berlari anak menuju ke kelas.Terbantut niatnya hendak melarikan diri dari kelas Bahasa Inggeris.

———

"Syaffiah!" panggilan dari mulut Syafiqa membuatkan Syaffiah tersentak.Lariannya dihentikan.

"Astagfirullah,hang dah pasaipa duk memekik macam perempuan meroyan ni ?"bebel Syaffiah sambil mengurut dadanya bagi meredakan rasa terkejut.Loghat utaranya dikeluarkan menandakan dia betul betul serius.

Syafiqa menggelengkan kepalanya melihat Syaffiah yang termengah mengah menghirup oksigen.

"Dah kenapa kau ni ? Kena kejar dengan Sir Doraemon ke ?" soal Syafiqa sambil bercekak pinggang. Suasana koridor yang tadinya sunyi mula dipenuhi suara gelak tawa pelajar yang girang kerana waktu belajar telah pun habis.

01: The EyesWhere stories live. Discover now