Angin sepoi sepoi bahasa bertiup perlahan menyamankan lagi petang itu.Imam Hasyim yang baru sahaja mendapat panggilan telefon dari menantunya yang mengatakan bahawa dia dan cucu sulungnya akan tiba tak lama lagi.
Dia duduk di bangku yang disediakan di hadapan rumahnya.Kopi suam yang baru saja dia sediakan tadi dihirup perlahan lahan.Bunyi keriuhan budak budak bermain bola di gelanggang yang tak jauh dari rumahnya memeriahkan lagi suasana.
"Amboi tak pernah pernah duk kat luaq pun imam?" suara sapaan Cik Tom membuatkan Imam Hasyim menolehkan kepalanya.
Sapaan itu dibalas dengan seyuman gembira.Cawan kopi yang dipegang tadi diletakkan semula diatas meja batu bulat dihadapanya itu.
"Aku tengah tunggu menantu dengan cucu sulung aku balik." beritahu dia
"Aik?Menantu ja ka? Anak perempuan imam mana? Busy sangat ka sampai jenguk pak sendiri pun tak mau..." cemuh Cik Tom.
Dalam Kampung tu,memang dia dan kawan kawannya tu la yang selalu becok mulut.Sibuk menjaja cerita dan menjaga tepi kain orang lain.Ada saja yang hendak disibukkan dan nak disampaikan.Kalah reporter berita Tv3.
Imam Hasyim hanya mampu mengelengkan kepala mendengar cemuhan yang dikeluarkan Cik Tom.
"Anak perempuan aku tu ada rumah hendak dijaga,anak anak dia pun ada yang bersekolah hari minggu.Nasiblah menantu dan anak aku tu masih ingatkan aku sampai sanggup pindahkan cucu aku tu mai sekolah kat sini."balas Imam Hasyim lembut.
Cawan kopinya kembali dipegang kemudian perlahan lahan dia menyisip kopi tersebut.
"Mau ka budak bandar macam cucu imam tu mai duk kampung kita ni?" soal Cik Tom lagi.
Imam Hasyim hanya mengukirkan senyum.Jelas terpacar kelembutan di wajah tersebut.
"Apa yang tak maunya? Dia sendiri mintak abah dia mai hantaq teman aku.Mak dia pun asal sini,kampung ni pun memang kampung dia."balas Imam Hasyim tenang.
Cik Tom hanya mampu terdiam mendengar balasan dari Imam Hasyim itu.Mulutnya terkumat kamit membebel entah apa pun tidak dapat dipastikan.
"Tok Ayah !"laungan seorang remaja lelaki membuatkan Imam Hasyim menolehkan kepalanya.Kelihatan cucunya Asyraf Is'ad melambai dari kejauhan.Remaja yang berusia 17 tahun itu berlari anak mendapatkan datuknya itu.
"Kamu dari mana ni Asyraf ?"soal Imam Hasyim sambil memandang cucu lelakinya itu.
Bungkusan plastik berwarna hijau diserahkan pada datuknya itu.Remaja berusia 16 tahun itu kelihatan kemas mengenakan jersi putih dan berseluar tracksuit.
"Asyraf belikan tok ayah pulut ayam dekat kedai Pak Cik Din tadi." beritahu dia sebelum melabuhkan punggung disebelah datuknya itu.
"Ada beli lebih tak untuk Syaffiah dengan pak uda kamu ?" soal Imam Hasyim.
"Tadikan tok ayah kata dorang balik sini,jadi Asyraf belikan lebih untuk dorang sama."
Cik Tom yang disebelah yang menjinjing bakulnya yang dipenuhi herba herba kampung menjenguk ke dalam beg plastik tersebut.
"Untuk Cik Tom takdak ka?" soal Cik Tom menyibuk.
Asyraf mengukirkan senyuman manis lalu menggelengkan kepalanya.
"Tak ada la Cik Tom,Asyraf taktau pun Cik Tom nak datang."
"Hm tak apalah kalau begitu,aku balik dulu."balas Cik Tom seolah olah berjauh hati.
Pin Pin !
Bunyi Hon kereta membuatkan mereka bertiga menoleh melihat gerangan yang datang itu.Cik Tom yang hendak melangkah pulang pun tak jadi hendak pulang.
YOU ARE READING
01: The Eyes
HorrorStart : 2 April 2022 End : -/-/- ( ONGOING) Update : Every Weekend. Iman Syaffiah,nak cakap penakut?Biasa sahaja.Takut tu takut tapi entahla. Syaffiah yang berusia 17 tahun dikurniakan anugerah dengan mampu melihat sesuatu yang tak mampu dilihat den...