Bab 4 : Ummu Sibyan.

19 3 1
                                    

"Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular."

Allahuakbar,Allahuakbar.

Laungan azan yang sedang berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib.

Helaan nafas dilepaskan Syaffiah dengan berat.Bahunya dipicit picit akibat berasa sengal, penat mengangkat barang barangnya untuk diletakkan dan disusun di dalam bilik.

Matanya meliar memandang persekitaran di dalam bilik tersebut.Kemas dan cantik,dinding kayu yang dicatkan dengan tona hitam serta perabot kayu di dalam bilik tersebut membuatkan bilik kecil tersebut nampak kemas dan luas dari sepatutnya.

"Syaffiah!Cepat bersiap,kita solat berjemaah di masjid harini." Laung Encik Azman dari ruang tamu.

Encik Azman terlebih dahulu bersiap siap hendak ke masjid memandangkan dia selesai mengemas barang awal.Baju melayu dan kain pelikat bercorak petak petak dipakainya,kopiah juga telah elok tersarung diatas kepala.

"Biaqlah dia solat kat rumah.Kesian dia penat duk kemas barang barang tadi."celah Imam Hasyim.

"Boleh ke kalau kakak solat dekat rumah?"soal Syaffiah sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik.

Hendak ke masjid, sekarang dah masuk waktu.Bajunya belum ditukar,mandi pun belum.Nak atau tidak terpaksa la dia solat di rumah.

"Hm boleh...kakak jaga diri ya.Abah dengan Tok Ayah nak ke masjid dah ni." Pesan Encik Azman pada anak daranya itu.

Tangannya sempat lagi mengusap kepala Dahlia,kasihan melihat riak wajah anaknya yang kelihatan letih.Imam Hasyim hanya terseyum melihat gelagat menantu dan cucunya itu.

"Bahaya kalau nak duduk rumah sorang sorang.Nanti tok ayah suruh Asyraf datang temankan Syaffiah ya?" Celah Imam Hasyim saat teringatkan cucu lelakinya itu.

"Eh tak apa,Syaffiah boleh duduk sorang sorang." balas Syaffiah kurang selesa.

'Gila ke nak berdua dengan mamat tu?Dahla garang semacam.' gumam Syaffiah perlahan.

Riak Asyraf Is'ad yang kelihatan serius itu menyebabkan Syaffiah takut hendak bertegur sapa dengan remaja lelaki tersebut.

"Bahaya duduk sorang sorang ni Syaffiah,kampung ni macam macam dah jadi.Nanti tok ayah suruh Asyraf tu temankan Dahlia."balas Imam Hasyim.

Tanganya lekas lekas mencapai kopiah yang terletak diatas sofa.

"Abah dengan tok ayah pergi dulu ya."ujar Encik Azman sebelum melangkah turun dari anak tangga rumah.

Sebaik sahaja melangkah keluar,Imam Hasyim sempat lagi menoleh dan membaca surah surah pedinding.

— 7:45,Masjid Istiqomah.—

"Imam!" Sebaik sahaja Imam Hasyim hendak melangkah keluar dari masjid,kedengaran suara Daud melaung memanggilnya.

"Ya Daud,kenapa tergesa gesa semacam ni ?"soal Imam Hasyim sambil memandang lelaki yang sebaya dengan menantu lelakinya itu.

01: The EyesWhere stories live. Discover now