Anggap saja itu satu anugerah.Maka ia akan membantu kamu , namun jika kau menganggap ia malapetaka. Maka musibah yang akan kau lalui.
"Syaffiah !"
Laungan Puan Hasnah kedengaran dari tingkat bawah.Jam dinding yang tergantung elok di dinding berwarna soft-blue itu menunjukkan angka 10:00 pagi.
Suasana di rumah banglo dua tingkat itu riuh dengan suara adik adik Syaffiah yang bertengkar akibat berebut hendak menukar saluran televisyen kegemaran mereka. Seorang hendak menonton Astro Ceria , seorang lagi sibuk hendak menonton Disney Channel.
Encik Azman pula sibuk menjenguk burung-burung peliharaan miliknya diluar rumah itu.Dia hanya mengelengkan kepala melihat isterinya itu bercekak pinggang menunggu si anak dara turun dari biliknya. Dah masuk 3 jam si Syaffiah bersiap. Entah bersiap atau menjahit baju pun dia tak tahu.
"Abah,nanti semasa nak balik semula ke sini tolong belikan Icha kinderjoy." Pesan Icha,anak bongsu Encik Azman yang berusia 7 tahun.
"Abah tak balik harini la Icha, bermalam disana semalaman kemudian abah balik la sini semula.Temankan kakak sebentar di kampung."
Makanan burung yang tadinya di ambil,diletakkan semula ditempat asal.Encik Azman bergerak masuk ke dalam rumah.Isterinya yang hilang sabar mula mendaki anak tangga menuju ke bilik si kakak.
"Syaffiah ! Abah dah tunggu,awak tak bersiap lagi ke ?" soal Puan Hasnah dalam nada yang tinggi.Bimbang anak perempuanya itu sebenarnya tidak mendengari panggilannya.
"Syaffiah?Awak tak dengar ke mama tengah panggil awak ni ?"ketukan pintu bertalu talu diberikan. Namun anak sulungnya masih belum memberikan sebarang reaksi.
Baru sahaja dia hendak sambung mengetuk pintu, wajah Syaffiah muncul di balik pintu sambil menyangkan senyuman tidak bersalah.
"Sorry mama, Syaffiah pakai headphone tadi.Itu yang tak dengar hehehe..."
Dia lalu menarik bagasinya yang berisi pakaiannya.Pintu biliknya ditutup semula.Puan Hasnah yang masih tercegat di hadapan pintu biliknya dipandang.
"Kenapa mama ?" soal Syaffiah tatkala ibunya itu cuma mendiamkan diri.
"Takda apa apa..."balas Puan Hasnah.Dia segera menuruni anak tangga.
Syaffiah mengikuti langkah ibunya.Dia mengenakan kemeja satin berwana putih dipadankan dengan seluar jeans berwarna sama.Tudung bawalnya yang bernoda biru lembut pula digayakan dengan ringkas.
"Abah,Syaffiah dah siap.Kita nak bertolak terus atau nak sarapan dahulu ?"Soal Syaffiah sebaik sahaja sampai ke ruang tamu.
Encik Azman yang baru sahaja selesai memanaskan enjin kereta Honda Civic berwarna putih miliknya. Kerjayanya sebagai doktor bedah membolehkan dia membeli sebuah banglo 2 tingkat dan 2 biji kereta.
"Makan dulu,Syaffiah tu bukannya boleh biarkan perut kosong.Nanti merengek pula perut awak minta diisi."balas Encik Azman sambil melangkah masuk.
"Entah,kakak tu dahla kuat makan.Tapi kecik macam semut.Kalau pijak patah 14 tulang tu" sampuk Syazwani,adik kedua Syaffiah.
Syaffiah menjeling adiknya yang seorang itu.Kalau tak menyakitkan hati orang,memang tak tenang gamaknya hidup tu.
YOU ARE READING
01: The Eyes
HorrorStart : 2 April 2022 End : -/-/- ( ONGOING) Update : Every Weekend. Iman Syaffiah,nak cakap penakut?Biasa sahaja.Takut tu takut tapi entahla. Syaffiah yang berusia 17 tahun dikurniakan anugerah dengan mampu melihat sesuatu yang tak mampu dilihat den...