apa engkau sudah tukar selera?
kerana aku masih lagi aku;
sebelum kita kenal,
semasa berkenalan
dan selepas aku ditinggal.
apa kata manis ku sudah pun tawar?
apa puisi magis ku bertukar hambar?bagaimana cara untuk teruskan hidup?
aku sangka sudah selesai bersendiri
setelah selesa berteman engkau,
yang kini meninggalkan aku seorang.
segala yang ringan terasa berat.
jarang bergaul hingga aku termendap.engkau
yang buat aku
lupa akan sakit,
menyakiti aku
dengan perlahan
dan sangat dalam.Karmawira - 00:56, 19/10/2021