sesal / sendiri

111 9 3
                                        

menyesal aku menjadi manusia
tanpa kemahiran untuk bersuara.
mereka tidak faham bila aku diam.
lagi menyakiti bila aku diam.

ada baiknya kalau jadi bunga,
menunjuk apa yang di rasa
tanpa perlu bertutur.
dilihat kering layu,
orang tahu
bahawa aku haus
menghampiri mati.
walau tidak disiram,
sekurangnya tak disakiti.

membiar
aku
mati
sendiri.

Karmawira - 16:17, 26/03/2021

pe-RASA-anTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang