harapan

76 6 4
                                    

kamu suka tulisan ku?
syukur.
mana satu kegemaran mu?
ayuh.
aku mahu tahu.
aku mahu banyakkan.
asalkan kamu suka.

rupanya kamu gemar membaca.
baik.
akan ku karangkan puisi sepanjang karangan.
sudi?
bacakanlah.
maaf kalau membosankan.
mahu lagi khabarkan.

kita sudah banyak bertukar cerita.
senang.
antaranya cinta dan rahsia.
percaya.
satu kebenaran.
aku menulis untuk lari dari realiti.
kamu datang dan sajikan mimpi.

aku pernah menyakiti dan di sakiti.
banyak.
aku janji bahawa ia takkan berulang.
pasti.
sayang ku.
aku izinkan kamu menetap di sini.
aku jamin keamanan dan kesetiaan.

sudah sampai masanya kamu ke kuliah?
bila?
mahu aku tunggu mu dengan setia?
sayang.
itu memang janji ku.
kasih dan sayang hanyalah untuk mu.

kamu sibuk dengan pelajaran.
tahu.
kurang interaksi dan percakapan.
rindu.
harap kamu baik-baik.
jaga segala makan dan pakai.
batas aurat hanya sesama kita boleh langgar.

kamu ada masa untuk orang lain?
aneh.
dan aku masih menunggu di sini.
masih.
aku tunggu.
sekurangnya aku tidak menyakiti.
kamu tidak perlu rasa apa aku rasa.

terlalu lama aku nantikan mu sendiri.
bodoh.
saat ini aku nekad untuk undur diri.
mungkir.
janji yang ku ucap.
aku rela di gelar pemungkir janji.
aku tak nak selesa menipu diri.

aku ambil semula puisi tentang kamu.
semua.
mahu di papar dan dibaca mereka.
tenang.
tiada watak.
biar subjeknya umum dan bebas.
aku bukan suci dan engkau tidak hina.

ketika kamu katakan
kamu suka tulisan ku,
telah aku sediakan pen
sebanyak yang mungkin.
aku tidak mahu
habisnya dakwat,
langsung kamu ucap
kata selamat.

rupanya,
puisi tidak dapat menjamin rasa,
walau kamu sendiri yang jatuh cinta.

Karmawira - 11:17, 15/10/2021

pe-RASA-anWhere stories live. Discover now