" padan muka kau. karma sebab takutkan aku " kata chanhee dengan nada memerli.
matanya tertumpu penuh pada seyoun yang sejak tadi cuma duduk diam didepannya.
" hidung kau ada sakit tak? darah keluar lagi? " tanya chanhee.
sebenarnya dia risau pasal seyoun sebab ini pertama kali hidung seyoun berdarah.
dan pertama kali jugak seyoun kena rawat dekat uks, sebab sebelum ni dia tak pernah sakit.
kecuali demam. emm tapi kalau demam pun, demam demam biasa je.
" hehe tak. aku rasa okay sikit.. thanks chingu " kata seyoun, lalu tersengih kecil.
" kau sengih sengih jugak. tu lelaki tadi, bila kau nak mintak maaf? masuk ni dah dua kali kau langgar dia " bebel chanhee.
dahi seyoun ditunjal perlahan oleh chanhee buatkan gadis itu berdecit dalam diam.
" iyaiya. nanti aku chat lah dia " balas seyoun acuh tak acuh dan sekali lagi mendapat tunjalan dari chanhee.
" face to face, kang seyoun. no chat chat " kata chanhee tegas.
seyoun yang baru nak type dekat screen tadi terus berhenti kemudian menatap chanhee dalam.
selepas lama saling bertatapan mata. eh kau ingat sweet? okay tidak. seyoun akhirnya mengalah seraya meletakkan henfon ditepi.
" fine. petang nanti aku jumpa dia, tapi- kau teman okay? " seyoun tayang mata simpati dia dekat chanhee.
" uhm boleh " chanhee mengangguk setuju.
——
" hihi sorry youn, aku tak dapat teman kau. ada family dinner " kata chanhee tersenyum lebar.
" em sokay. aku boleh pergi sendiri, dah biasa dah macam ni " seyoun menggalas beg dengan senyuman pasrah.
chanhee pulak, dah hampir tergelak tengok seyoun yang dah mula merajuk. dengan pantas, lengan gadis itu ditahan.
" sumpah. kau buruk gila kalau merajuk. cuba senyum siki- aarkh seyoun! " itu suara chanhee sebab kena cubit dengan seyoun.
" kau takyah nak ejek aku bagai. dahla aku pergi dulu. have a good time with your family. bye! " dan seyoun berlari keluar dari kelas tinggalkan chanhee sendiri.
" uhm thanks seyoun. " katanya lalu berjalan perlahan disisi koridor.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄