𝖾𝗉𝗌 𝟳

58 14 6
                                    

" kamu lagi juyeon? ini dah kali keberapa ha?! haih saya penat lah "

ruangan bilik guru bergema dengan suara nyaring cikgu disiplin— mr. joon.

selepas kejadian tadi, seyoun chanhee seungjin dan juyeon dipanggil cikgu joon untuk berjumpa.

entah kenapa seyoun yang tak terlibat sama pun, turut dipanggil ke situ.

memang melecehkan bagi dia. ditambah pula dengan dua pelajar lelaki tadi iaitu seungjin dan juga juyeon.

" datang sekolah untuk belajar, bukannya untuk bergaduh! " marah cikgu joon.

" ala bukan salah saya pun saem " balas seyoun dalam nada suara yang perlahan.

chanhee yang barada dibaris paling hujung, menahan tawa dalam diam.

diikutin seungjin dan juyeon yang hanya tersenyum senget.

" kamu gelak apa ha?! kamu fikir saya buat lawak ke? " jerit cikgu joon sambil tuding ke arah seungjin.

" hehe maaf cikgu " kata seungjin sambil menunduk memandang lantai.

" tch. penakut " juyeon berdecit lalu menjeling seungjin sekilas.

seungjin yang memasang telinga itu, terus berpaling tidak puas hati.

cikgu joon yang sedang perhatikan mereka tadi, berdehem kuat.

dahinya dipicit perlahan sebelum memandang keempat orang pelajar dihadapannya itu.

" haih saya tak faham betul lah dengan kamu ni. kalau macam ni perangai kamu, macam mana nak bagi contoh untuk pelajar lain? ha kamu seyoun.. tak padan dengan perempuan kan? kenapa ikut gaduh sekali? "

" saem. kan saya dah cakap saya tak terlibat, saya cuma nak tolong leraikan je " terang seyoun.

" hmm baiklah.. saya dah buat keputusan. seungjin- saya nak kamu kemas kebun lama dekat belakang sekolah dan pastikan siap harini. herm seyoun chanhee dan juyeon buat surat permohonan maaf sebagai denda sebanyak 30 kali dan hantar dekat saya esok. "

" saya harap tiada bantahan. sebab saya rasa ini saja hukuman yang sesuai untuk kamu berempat. ingat! jangan lari dari hukuman ni. sebab saya akan sentiasa perhatikan kamu faham? " tambah pengetua lagi.

" hish creepy lah saem " kata seyoun.

" creepy tak creepy, yang penting siapkan denda saya " balas cikgu joon sambil bercekak pinggang.

seungjin angkat tangan sebelum bersuara keras.

" mana adil saem! kenapa denda juyeon tak sama dengan saya? dia pun bergaduh jugak " ujar seungjin lalu menuding ke arah juyeon.

sekali lagi pengetua memicit dahinya stress. susah jugak dapat pelajar yang tak faham bahasa ni.

" haih seungjin, kamu ni nak saya tambah hukuman lagi ke?? kira untunglah tu saya suruh kamu kemas kebun je. kang nanti saya bagi kamu hukuman berat berat, terciduk kamu nanti. nak? "

" taknak! hmm tapi saem- "

" dah takde tapi tapi lagi. pergi siapkan denda sekarang "

seyoun terus tarik tangan chanhee, keluar dari bilik guru.

disusuli dengan juyeon dan seungjin dibelakang.

bukan apa, dia taknak dengar lelaki berumur itu membebel panjang lebar.

selepas keluar dari ruangan tersebut, juyeon membawa haluannya ingin pergi.

tetapi tidak dengan seungjin. dia menahan lengan seyoun membuatkan langkah gadis itu terhenti.

" seyoun, saya nak cakap kejap "




▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

loveable .Where stories live. Discover now