𝖾𝗉𝗌 𝟭𝟲

42 14 0
                                    

juyeon 's

" makanlah. jangan tenung je makanan tu " aku pandang seyoun.

dia sekarang tengah termenung dengan tangan yang sibuk kacau tteokboki.

raut muka dia nampak murung berbanding tadi. taktahu lah kenapa.

aku nak tanya tapi dalam masa sama aku tak suka nak sibuk hal hidup orang.

lain lah kalau dia sendiri yang open story, haa kalau macam tu boleh lah aku sibuk.

" jangan risau, aku belanja. jadi kau boleh makan seka— "

" bukan sebab tu. ak-aku.. hm lupakan jela " dan akhirnya dia mulakan aktiviti makan tadi.

kitaorang makan tanpa bersuara sedikit pun. sebab aku takde topik nak borak, then dia..

mungkin takde mood. entahlah.

selesai saja makan, seyoun pandang aku dan aku pun terikut pandang dia.

lama jugaklah kitaorang saling pandang dan dapat aku rasakan kejanggalan dekat situ.

dan nak taknak aku terpaksa bukak suara, act nak hilang situasi awkward ni je.

" so.. kau kata ada benda nak cakap kan? apa dia " soal aku lalu mendapat anggukan laju dari dia.

" pasal tadi. sorry sebab terlanggar kau lagi.. aku careless " balasnya lemah.

aku mengangguk pantas. lah ingatkan apa benda lah tadi, buat suspen je.

" itsokay. sebab masa tu pun aku tengah rushing, jadi kalini salah aku. bukan kau "

" geurae. dan maaf sekali lagi " dia menunduk sambil tersenyum tipis.

" tak—  "

kring !

" kejap eh. ada call masuk " katanya dan berjalan keluar dari kedai makan.

aku memandang seyoun dari cermin tingkap dan kelihatan dia sedang tersenyum ceria.

tanpa sedar, aku mengigit bawah bibir. kesal? atau mungkin cemburu. entah aku taktahu.

dan tak mungkin lah kan seketul juyeon ni nak cemburu dengan perempuan yang baru dia kenal.

" hei " lamunan aku langsung mati apabila seyoun tiba tiba muncul.

ahh lupa. dia baru je habis call dengan someone yang aku tak tahu siapa. dan taknak ambik tahu pun.

" i think i have to go. sebab aku lupa yang harini hari anniversary mama dengan papa "

" ah really? sampaikan salam aku dengan dorang "

" ermm sure. aku sampaikan "

seyoun pakai beg dia dan berjalan ke arah pintu dengan senyuman kecil.

sebelum gagang pintu dibuka, dia berpaling sambil mengatakan sesuatu.

" thanks untuk harini. kalau kau nak tahu, tteokboki tu makanan terakhir mama papa makan sebelum kemalangan. hmm gomawo juyeon-ah "

aku tergamam dengan mata yang menghantar pemergian seyoun dari dalam kedai.




▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

loveable .Where stories live. Discover now