" thanks but, aku dengan dia takde apa apa hubungan. just like senior and junior "
aku mengambil roti dengan air yang juyeon bawak tadi. actually aku agak kecewa sebab benda tu bukan dari dia, tapi dari chanhee.
hmm but itsokay, kira untunglah tu kan masih ada orang yang care pasal aku.
tu pun dah cukup sebenarnya :v
" oh really? aku tak tanya pun "
" aku cuma cakap je, taknak ada yang salah faham "
aku flip rambut sebelum jeling ke arah juyeon. geram dengan perangai annoying dia tu.
tak sampai beberapa saat, keumin berdehem perlahan lalu bersandar tegak pada kerusi.
muka aku dengan juyeon, dipandang silih berganti macam ada yang tak kena.
" kenapa sunbae pandang macamtu? buang tebiat ke " aku pandang keumin yang nampak agak creepy kat situ.
tak lama lepastu, library yang sunyi tadi mula bergema dengan gelak tawa dari dia.
juyeon yang tengah berdiri pun ikut terkejut dengar suara gelak dia. dahlah gelak serupa monyet— ish.
" hahahaha so-sorry. sunbae tak boleh tahan, se-sebab muka dia nampak lawak bila jeles "
keumin tunjuk ke arah juyeon. dan aku yang masih tak faham dengan apa yang dia cakap hanya mampu diam.
entah kenapa sekarang ni, aku rasa fikiran aku dah travel jauh keluar dari otak. taktahu pergi mana.
risau jugak kekadang.
" maksud sunbae?? aduh saya ni dah lah blur " aku mengerut dahi.
" halah slownya awak ni. maksudnya dia ni suka— "
" aku rasa aku kena pergi sekarang. sekali lagi, maaf sebab kacau " potong juyeon.
dia berjalan pergi dari meja aku menuju ke arah pintu library. aku yang mengantar pemergian juyeon dari sini hanya mengeluh berat.
" kang seyoun, awak nak tahu sesuatu tak? " aku terkejut.
untuk pertama kali, keumin— senior yang aku kenal panggil aku dengar nama penuh.
korang tahu, aura dia rasa lain macam tau. huhu i'm shaking :((
" dah kenapa panggil nama penuh ni, haih sunbae jangan macam macam eh?! "
aku pegang buku teks addmath bersedia nak hempuk keumin, tapi dia malah tersengih tengok perangai aku.
" calm down okey? sunbae cuma nak cakap yang sebenarnya, juyeon tu suka awak.. kalau tak, dia takkan jeles nampak awak duduk berdua dengan saya. lagi lagi dalam library yang kosong macam ni "
selepas dengar apa yang keumin cakap, aku terus tekup mulut. nak tahan gelak punya pasal.
serasa macam mimpi tau, yang juyeon suka dengan aku— like wth?! asal kang seyoun tho.
hmm cannot brain, srss.
" tiber lah sunbae ni. nak sembang pun agak agak lah. saya ni dah besar tau, bukannya kanak kanak ribena lagi "
aku seluk poket seluar track cari henfon. malas nak layan keumin, sebab dia tu suka menipu.
kakaotalk ( 1 message )
chanhee
weh seyounnn 😶
kau dekat mana?
taknak masuk kelas keaku tutup henfon lepas baca chat chanhee dari notifications board, tak berniat nak balas pun sebab tengah malas nak menaip sekarang hehe.
aku melirik ke arah keumin, dia masih setia duduk depan aku.
" saya nak balik kelas dah ni, ada pape yang sunbae nak cakap ke? "
aku berdiri bersedia nak balik kelas. lagipun lagi beberapa minit, waktu nak habis.
nanti kalau masuk lambat, kena marah dengan cikgu min. silap silap kena denda lagi sekali.
keumin mengangguk laju, selepas lama dia berfikir.
" hmm apa dia? " soalku ingin tahu.
" pasal juyeon tadi. trust me, dia memang suka awak " jawabnya.
aku mendengus kasar lalu mengetuk kepala keumin dengan pensel box.
nasib gunting yang ada kat dalam tu tak tembus kena kepala dia, kalau tak mati anak orang weh.
" ma-manade lah sunbae. takde maknanya dia nak suka saya.. dan kalau betul sekalipun, kenapa dia tak confess? "
aku berjalan perlahan disisi koridor ditemani keumin yang setia dekat sebelah.
" hmm sunbae rasa, dia tengah cari masa yang sesuai. awak tahu kan, hati lelaki ni kita susah nak jangka.. tup tup dia suka. tapi itu semua perlukan masa tau, sebab tu dia tak bersedia nak confess. lagi lagi dengan awak, dahlah garang jahat creepy pulak tu— ARKKK MAAF MAAF "
" eyyy apa masalah sunbae ni haa! ishhh " lengan keumin aku cubit kuat kuat, biar tercabut sekali kulit dia.
geramnya! sukasuki atok dia je label aku macamtu— heh shit.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄