𝖾𝗉𝗌 𝟮𝟰

40 10 3
                                    

" aku tak rehat tau sebab nak duduk library, siapkan hw tadi. kau okay kan? "

" no no! aku tak okay. kau kena ikut aku pergi makan, kalau tak kau gastrik "

seyoun yang tengah kemas buku buku dia, terus menoleh pandang chanhee yang dah mula membebel.

serupa mak mak pun ada. dengan gaya cekak pinggang dia, buatkan seyoun menggeleng.

" hmm tak boleh lah chanhee. sorry eh? kalini je. ehe aku pergi dulu! "

seyoun bawa buku mata pelajaran bi dan math lalu berlari keluar dari kelas sebelum mendapat jelingan tajam dari chanhee.

" hish payah jugak nak cakap dengan minah sekor ni " rungut chanhee sendiri.

dia keluar dari ruangan kelas yang sudah kosong, kemudian pergi ke arah kantin yang penuh dengan para manusia.

sampai disana, chanhee dikejutkan dengan kedatangan juyeon dan kawan kawannya iaitu, hyunjae dan changmin.

" hey bro! wassup " tegur hyunjae santai lalu menepuk bahu chanhee.

" hm hai- korang rehat sini jugak ke? " tanya chanhee kekok memandangkan mereka baru je kenal.

ketiga tiga manusia itu mengambil tempat lalu mengangguk serentak menjawab pertanyaan chanhee tadi.

" kau sorang jeke? seyoun mana? bukan selalunya dia dengan kau ke? " tanya juyeon sebagai pembukaan.

seperti salah waktu bertanya, semua mata yang ada disitu tertumpu ke arah juyeon dengan sebuah senyuman yang susah ditafsirkan.

" mwo? ak-aku tanya je kan. salah ke? " juyeon menjeling mereka bertiga lalu menyedut minumannya.

" tak salah pun, cuma aku curious. "

" sama. emm macam ada something fishy je antara korang berdua "

" yep yep aku setuju. taknak spill ke? "

semua disitu pakat pakat menyakat juyeon sampaikan muka budak lelaki itu jadi merah padam sebab malu.

" hahahaha cakap jela kau suka seyoun. kan senang? "

" betul tu, lagipun kau takpayah nak risau sangat sebab kitaorang sentiasa support "

" yup termasuk aku.. hmm sebagai bestie seyoun, aku nak yang terbaik untuk dia. cukup cukuplah dia kena tipu haritu dengan seungjin. aku taknak benda macam haritu jadi lagi. i trust you, lee juyeon. "

chanhee menepuk bahu juyeon yang sedang mengelamun itu. entah apa yang difikirnya pun taktahu, sampai berkerut dahi.

" haih nan molla. aku pun tak pasti lagi dengan perasaan ni, korang janganlah letak harapan tinggi sangat okey? "

juyeon menatap lama mata satu persatu kawannya termasuk, chanhee.

" itsokay, tak payah rushing sangat. ohh btw, seyoun dekat library. pergilah jumpa dia.. alang alang tu, bawak roti dengan air ni sekali. budak tu tak boleh skip makan, nanti gastrik "

" eoh arraseo " balas juyeon.

dia ambik roti dengan air yang chanhee hulurkan tadi lalu segera bangun, dengan niat nak pergi jumpa seyoun.




▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄


loveable .Where stories live. Discover now