keesokannya, aku datang sekolah awal tanpa kejutkan si wojin.
ah maklumlah aku ni jenis pemalas sikit nak masuk bilik orang, hhmm so faham faham jela.
ala lagipun wojin tu dah besar pandai dah bangun sendiri. takpayah aku nak susah susah fikir.
since kematian arwah mama papa lagi, kitaorang start dah hidup berdikari. jadi dah biasa, emm wojin pun.
" woi termenung jauh nampak " tegur chanhee. dia terus jalan ke arah aku.
kerusi depan aku yang masih kosong, chanhee tarik dan terus duduk.
aku biarkan je dia sebab tengah takda mood nak borak, lagi lagi waktu pagi macam ni.
dan situasi sekarang, aku tengok luar tingkap sambil pandang para manusia yang baru sampai sekolah.
" woi! taknak layan aku ke? dari tadi aku duduk kat sini tahu tak " okay tu suara chanhee, memanggil.
aku jeling dia sekilas lalu alihkan pandang semula dekat tingkap. dan kedengaran suara chanhee mengeluh.
" ihh sampai hati kau.. punyalah semalam aku backup kau marahkan si— "
" shhhh jangan sebut nama dia. aku taknak dengar. makin rosak mood aku nanti " kataku, stress.
manakala chanhee dah sakan gelakkan aku sebab berjaya rosakkan lagi mood pagi aku.
aku tatap chanhee lama. seronok kau eh gelakkan aku? takpe takpe aku okay je.
" hahahajsk- sorry. muka kau nampak lawak kalau marah " katanya buatkan aku sepak hujung kaki kerusi.
ambik kau! kacau seketul kang seyoun lagi, kan dah kena. itu lah padannya MUAHAHAHAHA! dasar pipi telur.
dalam diam aku smirk HEHE. tetiba side jahat aku datang nak kerjakan si chanhee ni.
" WEH WEH ADA LIPAS KAT KAKI KAU! ARKKK " tipuku sambil pandang chanhee yang dah menjerit serupa mak orang.
" MANA BODO! AHH S*AL PUNYA LIPAS, DASAR BACOT " chanhee dah berdiri atas kerusi.
" weh dia melekat kat baju kau gila! wehhhh " aku dah menjauh dari chanhee sebab overacting punya pasal.
" ya-yah! kang seyoun! ak-aku cabut lari dulu! hikss mamaa " dan kelibat chanhee terus lesap daripada pandangan mata aku.
dia berlari keluar dari kelas sebab takut punya pasal. aku tergelak dengan air mata yang dah terkeluar tengok chanhee.
astaga. sampai macam tu sekali dia punya penakut. haih chanhee chanhee.
" alamak chanhee! aduh " aku tepuk kepala sebab lupa nak follow chanhee tadi. entah lari kemana pulak budak tu.
aku berlari keluar kelas dengan tergesa gesa sampai lupa nak tengok depan dan yes, again.
perkara yang paling aku elakkan, terjadi lagi dan sekarang aku terjatuh. kalini bukan jatuh terduduk tapi jatuh atas badan orang.
" maaf aku tak sen— wtf juyeon?!
" kang seyoun? "
mata aku membulat habis selepas melihat figura yang ikut jatuh sama dengan aku.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄