10:00

89 11 0
                                    

Wajah Audrey berubah saat melihat beberapa keping foto di depannya. Matanya melirik ke arah Noah yang sedang sibuk dengan telefonnya. Hatinya menjadi sakit melihat keakraban Morgan dan Althea.

"Oh, patutlah tak jawab call aku. Rupanya kau curang dekat belakang aku, Morgan!"

PANG!

Audrey menepuk meja membuat Noah hampir membaling telefon di atas lantai. Amarah wanita itu terpancar dari matanya yang sedang berapi-api. Noah mengambil satu keping gambar di atas meja itu dan menatapnya.

"Eh, ni bukan PA Morgan ke?" soal Noah. Audrey menjeling tajam lalu mengangguk.

"Wah, bukan main mesra lagi." Usik Noah.

"Kau jangan nak tambah panas aku, Noah! Nanti ada juga yang kena penampar kejap lagi." Bentak Audrey membuat Noah kecut perut. Dia hanya ingin main-main, tapi Audrey memang tengah panas hati.

"Mereka makan malam je lah. Tak ada apa-apa pun." Noah berusaha menyejukkan hati Audrey namun tidak berjaya.

"Aku tahulah. Tapi, kenapa perlu abaikan call dan mesej yang aku hantar?" Audrey menyisir rambutnya kasar dengan jari-jemarinya.

"Kau jangan risaulah. Kejap lagi dia call lah."

Audrey hanya diam. Dia tahu ini pasti terjadi sejak pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah itu. Sejak pertama kali dia berjumpa dengan kedua orang tua Morgan. Althea dilayan seperti ratu manakala dirinya dianggap sampah masyarakat. Ibu Morgan langsung tidak ingin bermenantukan dia.

"Cantik lagi aku." Kata Audrey senyum sinis.

"Ya, cantik lagi kau." Sokong Noah. Dia tidak ingin menambah amarah Audrey.

Kau abaikan aku, Morgan? Althea, aku akan buat kau menderita!



Althea yang sedang sibuk membuat lakaran gaun pengantin kakaknya terganggu dek bunyi mesej dari telefon bimbitnya. Sejak minggu lepas, butik itu telah bertukar milik, dan Althea juga berterima kasih kepada Morgan kerana membenarkannya bekerja di butik itu pada hujung minggu.

"Siapa pula yang mesej ni?" getus hati kecil Althea. Mona juga turut membantunya dalam menyiapkan gaun pengantin itu. Dan ada beberapa pekerja lain turut membantu meringankan kerja mereka.

Audrey: Hi, Althea. Saya Audrey, kekasih Morgan. Boleh kita jumpa? Di Casanova Lounge tepat pukul 9 malam ini. Ada hal mustahak saya ingin bicarakan.

Althea mengeluh. Mona yang perasan raut wajah adiknya berubah menghampiri Althea.

"Tia, kenapa ni?" Soal Mona. Althea hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak ingin kakaknya turut serta dalam hal ini. Sudah cukup Mona sibuk dengan persiapan perkahwinannya.

"Oh, kalau macam tu, jom lah kita keluar makan. Dah tengah hari dah ni." Ajak Mona. Althea mengangguk.

Kenapa Audrey nak jumpa aku? Aku tak rasa kami ada apa-apa perkara yang perlu dibincangkan.

Bakal suami Mona turut bersama mereka makan tengah hari itu. Dapat juga Althea mengenali bakal abang iparnya. Dari luar penampilannya persis Morgan. Rapi dan teliti. Dia lebih senang dipanggil Emil.

"So, sekarang ni Tia kerja dengan Morgan ke?" soal Emil. Althea mengangguk pantas.

"Oh, baguslah. Saya tak ada lah kenal sangat dengan Morgan tu tapi, pernah dua tiga kali ada urusan dengannya. Sangat disiplin orangnya." Beritahu Emil, dan Althea mengangguk tanda setuju.

[HER S3] KISAH BUKAN CINDERELLA | Completed √Where stories live. Discover now