AUTHOR'S NOTE

50 5 1
                                    

𝐇𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚! 𝐀𝐩𝐚 𝐤𝐡𝐚𝐛𝐚𝐫? 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐣𝐚 𝐤𝐚𝐧?

Okay, sekarang author nak cakap cerita KISAH BUKAN CINDERELLA secara rasmi melabuhkan tirai.

Kisah Bukan Cinderella ini merupakan sebuah kisah inspirasi yang saya tulis beberapa tahun yang lalu dan baru sekarang dipublised dekat Wattpad.

Watak-watak dalam cerita ini direka khas yang mempunyai karakter dan personaliti yang berbeza.

Bermula dari kisah Althea dibuang oleh keluarga sendiri, sampai berkahwin dengan Morgan, lelaki yang menyelamatkan dirinya.

Sejujurnya author nak buat sad ending tapi pada pertengahan plot cerita author nak Althea rasa bahagia yang tak dapat dia rasakan sebelum ini.

Watak Morgan saya buat seorang yang baik dan penyayang. Saya nak wujudkan sebuah kisah yang romantik dan penuh debaran.

Wujudnya watak Audrey hanya penambah rasa kepada perjalanan kisah Morgan dan Althea. Tak ada orang ketiga tak best kan? Tak banyak drama. Itu yang saya fikirkan.

Saya insafkan watak ayah Althea untuk beritahu bahawa seseorang itu boleh bertaubat dan tidak akan mengulang kesilapan yang sama.

Watak Mona, Emil, Gina dan Mike diwujudkan pula untuk menunjukkan ada kisah lain selain kisah Morgan dan Althea dalam cerita ini.

Saya tahu cerita ini agak cepat dan plotnya tak banyak tapi saya harap mesej cerita ini sampai dan banyak yang suka.

Last but not least, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang sudah setia dari awal bab sampai akhir bersama saya. Tak jemu menunggu update dari saya. Dan selalu support cerita ini dari segi vote dan comment. Semua itu sangatlah saya hargai. Terima kasih everyone! Saranghae!

[HER S3] KISAH BUKAN CINDERELLA | Completed √Where stories live. Discover now