"Tia, kamu sihat?"
Wajah wanita separuh usia itu dipandang lalu mengukir senyuman lebar. Brenda dan William yang kini duduk di sofa bertentangan dengannya memandangnya penuh kasih.
"Tia sihat saja, puan."
"Baguslah. Sejak kamu berhenti kerja dengan Morgan, kami rindu dengan masakan kamu," kata Brenda dengan nada sayu.
"Kalau puan rindu, boleh datang rumah Tia. Nanti Tia masak sedap-sedap," ujar Althea. Mendengar itu terubat rindu keduanya pada wanita itu. Althea sudah dianggap seperti anak mereka sendiri. Walaupun Brenda sempat ingin menjodohkan Morgan dengan wanita itu, namun dia tahu penderitaan Althea, jadi dia tanam saja niatnya.
"Em, Tia...saya nak tanya, Tia ada kekasih tak?" soal William yang dari tadi diam. Brenda terkejut lalu memandang suaminya.
"Kekasih? Tak ada. Saya tak berfikir hendak menjalin hubungan buat sementara waktu," jawab Althea. Walaupun hatinya kuat menyatakan nama Morgan sebagai pemilik hati, namun dia harus mengunci mulutnya agar tiada sesiapa tahu termasuk Morgan sendiri.
"Saya bukan apa, nanti ada juga yang jaga kamu." Sambung William.
"Morgan pergi mana pula? Dia yang suruh kita datang sini, tapi dia pula yang hilang."
Althea sekadar diam. Morgan yang menjemputnya pagi tadi untuk bertemu dengan Brenda dan William. Walaupun hatinya berat, tetapi dia tidak mahu mengecewakan kedua ibu dan ayah Morgan.
"Mungkin ada hal penting," jawab Althea.
"Hal penting apa nya? Mesti dia nak jumpa dengan Audrey. Perempuan tu tak habis-habis nak berkepit dengan Morgan," marah Brenda.
Mendengar nama Audrey, Althea menjadi sesak nafas. Wanita itu yang menyebabkan dirinya hampir diperkosa oleh lelaki durjana di kelab malam beberapa minggu yang lepas. Dia tidak ingin menyalahkan wanita itu tetapi dia seperti boleh rasa Audrey menyimpan dendam dengannya.
"Kamu okay tak ni?" soal Brenda tiba-tiba apabila melihat wajah Althea yang berubah menjadi pucat lesi. Seperti ada sesuatu yang menimpa dirinya.
"Sa-saya okay."
Althea cuba mencari nafasnya yang hilang tadi. Jantungnya kembali berdegup normal dan wajahnya tidak lagi pucat. Dirinya masih tidak lari daripada post-traumatic disorder yang disahkan oleh psikiatri tempoh hari.
"Kalau kamu rasa tak sihat, biar kami hantar kamu pulang. Risau pula saya," beritahu Brenda.
Althea hanya mengangguk. Brenda dan William hanya saling berpandangan. Wajah Althea yang dilihat mereka kini tidaklah ceria seperti selalunya. Setelah menghantar Althea pulang, mereka kembali semula ke rumah dan perasan kereta anak lelaki mereka, Morgan sudah terletak dalam garaj.
"Mana Tia, mama?" soal Morgan tercari-cari wanita itu. Brenda hanya menggelengkan kepalanya lalu duduk di atas sofa.
"Dia tak sihat. Mama dan papa dah hantar dia pulang. Sebelum balik tadi, sempat sembang dengan Adrian. Katanya perkahwinan Mona dan Emil dibatalkan oleh keluarga belah lelaki."
Morgan yang mendengar hal itu terkejut. Dia tidak tahu apa-apa soal perkahwinan Mona dan Emil. Dia tidak mendapat apa-apa khabar daripada Althea, seolah-olah wanita itu tidak ingin memberitahunya.
Dia ingin berjumpa dengan Althea sebab ingin berbincang mengenai business trip mereka tiga hari lagi. Namun setelah mendengar khabar itu daripada ibunya, dia tidak rasa Althea bersedia untuk mengikutinya.
YOU ARE READING
[HER S3] KISAH BUKAN CINDERELLA | Completed √
Roman d'amourAlthea Arianna De' Adrian, gadis kacukan yang hidupnya selalu ditimpa masalah. Kehadirannya tidak diterima oleh keluarganya sendiri kerana mereka percaya kehadiran Althea membawa malapetaka pada keluarganya. Merasa sendirian, Althea sering ditindas...