22:00

108 7 2
                                    

"Macam mana dengan hasil siasatan? Ada apa-apa perkembangan?"

Lelaki dengan wajah sedikit serius itu mengeluarkan iPad miliknya lalu menunjukkan kepada Morgan.

"Ini adalah video CCTV yang sempat terakam waktu kejadian. Kami dapat menangkap nombor plat kereta dan sekarang pihak kami akan mencari suspek."

Morgan mengangguk-angguk mendengar penjelasan detektif itu. Meskipun kes ini tidaklah seberat kes mereka yang lain, namun Morgan tetap berkeras ingin mencari pelaku kepada kes langgar lari itu.

"Macam ni lah, saya akan hubungi Tuan Morgan kalau ada apa-apa," beritahu detektif itu sebelum keluar meninggalkan pejabat Morgan.

Sebaik saja detektif itu keluar, Althea terus masuk ke dalam pejabat Morgan dengan wajah yang cemas. Dia juga ingin tahu apa yang sedang berlaku.

"Tia, pihak polis dah dapat cam nombor plat orang yang langgar papa awak," jelas Morgan. Althea menghembus nafas lega sebaik saja mendapat tahu akan hal itu. Sekarang Adrian masih dirawat di hospital dan sudah dalam keadaan yang agak baik.

"Awak tak perlu datang pejabat. Kesian awak kena ulang-alik dari hospital ke pejabat. Awak ambil lah cuti," kata Morgan sambil mendekati Althea.

"Tak apa. Lagipun Mona dan saya bergilir-gilir jaga papa."

"Tia, saya risaukan kesihatan awak juga. Awak kan bakal isteri saya?"

Ucapan Morgan membuat Althea tenang. Sungguh dia bertuah bertemu dengan lelaki seperti Morgan. Di saat dia sedang susah hati, ada Morgan yang cuba menceriakan harinya.

"Thank you."

"You're welcome," ucap Morgan lalu memberikan kucupan pada pipi Althea. Malu dengan perbuatan tunangnya, Althea terus menekup wajahnya dengan telapak tangannya.

"Awak tak payah lah nak malu-malu dengan saya..." usik Morgan.

"Apalah awak ni. Kita dekat pejabat ni," marah Althea.

"Kisah pula. Awak kan milik saya, dan ini pejabat saya."

Althea mencebik bibir lalu duduk di sofa milik Morgan.

"Morgan..."

"Huh?"

Wajah Althea dipandang sekilas seraya menyiapkan dokumen penting untuk projek baru syarikat mereka. Walaupun sibuk dengan persiapan perkahwinan dia dengan Althea, namun Morgan tetap tidak lupakan pekerjaannya.

"Saya sebenarnya rancang lepas kita kahwin, saya nak buka butik sendiri."

Terkejut dengan permintaan Althea, Morgan mengerutkan dahinya. Dia tahu Althea graduan dalam bidang reka fesyen namun dia tidak pernah tahu keinginan Althea ingin membuka butik sendiri.

"Saya dulu ada butik tapi saya terpaksa tutup sebab papa yang suruh. Dan memandangkan semuanya sudah baik, saya nak buka semula butik saya tu," kata Althea lagi.

Morgan terus duduk di samping Althea dan menggenggam tangannya. Senyuman manis dia berikan kepada wanita itu.

"Tia, apa-apa pun awak nak buat, saya akan sokong. Itu impian awak kan?"

Althea mengangguk laju. Sesungguhnya dia sudah lama ingin membuka butik sendiri dan mereka fesyen yang dia inginkan. Namun semuanya dia buang semata-mata ingin menjaga perasaan ayahnya.

"Dan...saya akan tolong awak."

"Tak apa lah, Morgan. Saya tak nak susahkan awak."

"Tia, tak susah pun. Saya lagi suka. Saya juga ingin menyokong penuh apa yang awak ingin lakukan."

[HER S3] KISAH BUKAN CINDERELLA | Completed √Where stories live. Discover now