20:00

98 8 1
                                    

Para tetamu yang baru sampai disambut oleh Brenda dan Mona. Manakala William pula sibuk berbual dengan Adrian. Kelibat Morgan dan Althea dicari oleh Gina dan Mike.

"Mana pula dua sejoli ni? Tak nampak pun," rungut Gina.

"Biasalah, pergi dating kot."

Gina menggelengkan kepalanya lalu terus mencari Althea dan Morgan. Beberapa rakan kerja dan sekolah Morgan dan Althea mulai memasuki ruangan ball room yang ditempah khas untuk majlis malam itu.

"Gina, mana Tia?" soal Mona apabila melihat Gina berjalan ke arahnya. Gina menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Keberadaan Althea dan Morgan tidak diketahui sejak petang tadi.

"Hah, tu pun mereka!"

Althea dan Morgan yang perasan semua mata memandang ke arah mereka berdua hanya senyum tipis.

"Pergi mana je?" soal Brenda.

"Tak pergi mana-mana. Ada dekat depan hotel tadi. Ni hah, Tia ni."

Althea terus memukul lengan Morgan dengan lembut.

"Apa pula. Dia yang nak bergambar dekat luar tu."

Brenda, Gina dan Mona senyum sendiri melihat telatah dua orang itu. Begitu cepat masa berlalu dan sekarang Althea dan Morgan sudah bersama. Tinggal hari perkahwinan sahaja lagi.

"Dah, dah...kamu berdua masuklah ke dalam. Kejap lagi majlis nak mulai."

Althea dan Morgan mengangguk. Morgan tanpa segan silu meraih tangan Althea dan menggenggamnya. Tersentak dengan perbuatan Morgan, Althea terus pandang wajah lelaki di sebelahnya. Seketika Althea ukir senyum lebar dan berjalan seiringan dengan Morgan.


*****


"Tahniah," ucap Mona kepada Althea setelah usai majlis pertunangan antara Morgan dan Althea.

"Thank you, kak."

Althea melirik ke arah Morgan yang sedang rancak berbual dengan beberapa teman sekolahnya dulu. Althea ingin memberikan ruang kepada tunangnya itu untuk menemui rakan-rakannya.

"Tia, kakak happy sangat. Akhirnya, Tia dapat jumpa lelaki yang boleh jaga Tia dan cintakan Tia."

"Ini semua kuasa Tuhan, kak. Tia bahagia dipertemukan dengan Morgan. Siapa sangka bos Tia akan jadi tunang."

"Amboi, borak apa ni?" tiba-tiba Brenda menyampuk perbualan kedua adik-beradik itu.

"Tak adalah makcik, happy sangat tengok si Tia dengan Morgan dah jadi tunang. Tak lama lagi kahwin. Cepat kan masa berlalu," kata Mona.

"Itulah. First time saya tengok si Tia ni, hati saya terus berkenan. Untung sahaja Tia tiada ikatan dengan orang lain."

Althea hanya senyum mendengar perbualan kedua wanita itu. Dia cukup terharu dengan semua yang berlaku dalam hidupnya. Sungguh pada awalnya dia mengira tidak akan ada sinar dalam hidupnya. Namun, tiada siapa menyangka bahawa Morgan ialah sosok yang hadir menyinari hidupnya.

"Tia, mulai sekarang, panggil makcik mama. Tak perlu segan-segan dah. Walaupun baru bertunang, makcik tak kisah."

Althea senyum kekok. Dia tidak biasa dengan panggilan itu memandangkan dia sudah terbiasa memanggil wanita itu dengan panggilan makcik.

"Tak apa. Nanti Tia belajar-belajar lah ye. Mama nak ke sana dulu. Kamu borak- borak lah," Brenda pamit meninggalkan keduanya.

"Untung kamu, Tia. Baik mama Morgan tu," puji Mona.

[HER S3] KISAH BUKAN CINDERELLA | Completed √Where stories live. Discover now