"Eh korang tahu tak pagi tadi kan Azim dengan Five Boys hampir gaduh wey" sekumpul gadis mula menjalankan tugasnya iaitu membawang.
"Uishh serious lah apa kes dho Fara" Tanya salah seorang gadis disitu
"Dengar cerita diorang gaduh sebab nak pertahan kan akak Myllia tu" Jwab si gadis yang dikenali Fara itu.
"Akak Myllia yang cantik tu?" Tanya gadis yang lain pula dan Fara hanya mengangguk.
"Eyy perempuan tu nak attention ke sampai buat Abang Azim dengan Five Boys gaduh" Gadis yang bernama Sarah sudah mencebik tanda meluat.
"Kau ni apa kata macam tu kalau jatuh fitnah dah berdosa tahu !" Fatimah menggeleng mendengar kata Sarah sebentar tadi.
"Betullah kata Sarah tadi akak tu nak attention lebih huhh mengedik sana sini !!"
"Ehem" Alya berdehem sedikit kuat mengejutkan mereka yang ada disitu. "Best mengumpat pasal orang" Alya menyilang tangan lalu mengangkat sebelah keningnya.
"Eh akak Alya ermm maaflah kawan-kawan saya memang macam ni" Ujar Fatimah lembut
"Korang semua tak tahu cerita jangan main cakap takut makan diri eh bukan diri tapi kaki !" Alya menunduk sedikit memandang gadis- gadis itu.
Mereka yang lain hanya menunduk memandang lantai. Alya yang kebetulan lalu di kawasan itu terdengar sekumpulan gadis sedang membawang tentang Myllia,terus dia menegur.
"And lagi satu jangan cari pasal kalau taknak sakit faham !!" Alya melangkah pergi meninggalkan junior yang terkulat-kulat mendengar kata-katanya tadi.
"Eleh apa je dia boleh buat huh" Sarah menjeling Alya yang kian jauh dari mereka
"Kau tak tahu cerita ke wey ?" Gadis yang bernama wawa itu menegur
"Kes apa yang aku tahu diorang tu suka buat masalah je memalukan"
"Geng-geng akak Alya tu pernah gaduh sampai bertumbuk sebab ada orang fitnah mereka bohsia. Akak Alya tu dia jarang marah tapi kalau dia marah habis teruk orang tu kena and budak yang fitnah mereka sampai masuk wad wey" Wawa mula membukak cerita
"Uishh gengster siak" Fara mengusap lengannya meremang dia mendengar .
"Sebab tu takda siapa berani kacau Queen Ladies lagi-lagi bila Five Boys ada" Fatimah pula bersuara
"Kau tahu ke kes ni?" Siti bertanya pelik setahu mereka Fatimah jenis ustazah gitu tak masuk campur hal sebegini.
"Aku memang lah macam ustazah tapi benda dah viral kot" Fatimah tersenyum memandang mereka semua yang tampak terkejut.
"Balik kelas masa rehat dah tamat !!" Zafran memarahi murid-murid yang masih berada dikantin,kelangkabut mereka semua beredar dari kantin termasuk sekumpul pelajar perempuan tadi.
"Zaff kau kenapa hari ni macam bad mood je,ada masalah hm" Ryan menepuk bahu Zafran pelahan.
"Nothing" Balas Zafran sepatah mukanya dingin sahaja .
"Aku dengar ada khabar angin kata kau ada adik perempuan betul ke ?" Ryan bertanya dengan hati-hati risau pula Zafran tiba-tiba mengamuk
Zafran pantas memandang Ryan tajam rahangnya diketap kuat "Siapa sebarkan berita tu?"
"Entah aku cuma dengar je,kau nak marah sangat asal...ke memang kau ada adik ni?" Ryan mula memandang Zafran pelik.
"Ehem mana ada eh kau jaga tempat lain kan ? yang semak kat sini kenapa dahh blah-blah"
"Alahh aku jaga hujung sana tu je. Aku datang sini sebab tengok kau macam tak ok je" Ryan menepis tangan Zafran yang menolak bahunya
"Aku oke lahh dah kau pergi bertugas sebok je huh" Zafran mula bergerak ke tempat lain risau disoal oleh Ryan lagi.
YOU ARE READING
Sweetheart Mr.Headprefect (OG)
Tienerfictie𝓘𝓻𝓭𝓲𝓷𝓪 𝓜𝔂𝓵𝓵𝓲𝓪 𝓐𝓻𝓲𝓺 𝓝𝓪𝓲𝓶 Dua insan yang tidak mengenal erti mengalah. Kalau jumpa pasti ada pergaduhan antara mereka, seorang suka menyakat seorang lagi suka mengamuk. Apakah yang terjadi antara Ketua pelajar dan gadis nakal itu...