Flashback..
8 tahun lalu..
Ariq dan kembarnya yang berusia 10 tahun itu mahu pulang kerumah tetapi tiba -tiba guru kelasnya mahu berjumpa dengan Ayden.Ariq menunggu Ayden di tempat letak basikal,dia dan Ayden pulang kerumah menaiki basikal.
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagaknya seperti senior sekolahnya
"Naimkan ?" tegur lelaki tersebut
"Ye saya" Jawab Ariq lalu senyuman manis diberikan untuk lelaki itu
"Ade abang ni nak jumpa awak dekat belakang kantin sana " Kata lelaki itu lalu beredar sempat dia memberi senyuman kepada Ariq
"Hah abang mana pula ni" Ariq berfikir tetapi dia tetap bergerak menuju ke belakang kantin. Sesampai sahaja belakang kantin."Lahh mana orang nye eyy Naim nak balik nii" Ariq merungut pelahan
"Ehem" dehem seseorang. Ariq memusing belakang tetapi tiba-tiba kepalanya rasa berpinar.Ariq memegang kepalanya dan melihat ada cecair seperti darah sedang mengalir dari kepalanya. Matanya sudah berat seperti mahu pitam sempat dia melihat lelaki itu berlari kerana terkejut
"Naimm !!" Ayden yang sempat mengikuti Ariq tadi terkejut melihat abang nya sudah pengsan akibat dipukul oleh seorang lelaki menggunakan kayu besbol.
"Ya Allah anak aku" Puansri Aina sudah terduduk mendengar khabar buruk tentang Ariq Naim "Abang mari pergi ke hospital,saya nak tengok Naim bang" Puansri Aina sudah tak mampu menahan air matanya
Sesampai di hospital Puan sri Aina pantas mencari Ayden dan cikgu yang membawa Ariq kesini
"Mama !!" Ayden pantas memeluk ibunya itu. Puan Sri Aina lantas memeluk Ayden lalu bergerak menuju ke arah guru tersebut.
"Cikgu anak saya oke ke ? Doktor ada bagitau apa-apa tak ?" Tan Sri Nizam mengusap belakang isterinya.
"Na sabar na diorang baru sampaikan" Tan Sri Nizam memujuk isterinya agar bertenang
"Siapa ibu bapa kepada Ariq Naim" Doktor yang merawat Ariq memandang hamba allah yang ada didepannya
"Saya ibu dia doktor..kenapa dengan anak sayaa" Puan Sri Aina memandang doktor lelaki yang bernama Khairul itu dengan wajah yang sembab.
"Macam ni Puan,anak puan kene buat pembedahan secepat mungkin untuk membuang darah beku akibat dihentak terlalu kuat dibahagian belakang kepala nya.Jadii boleh Puan ikut saya untuk menandatangani surat keizinan ?" Doktor Khairul menerangkan dengan lembut lalu senyuman diberikan
"Ya Allah anak aku !" Puan Sri Aina sudah jatuh terduduk mendengar penjelasan dari doktor itu.
"Doktor saya bapa dia jadi bile pembedahan itu" Tan Sri Nizam mengusap belakang isterinya
"Petang ini kami akan bawa ke dalam bilik pembedahan jadi mari ikut saya untuk mendapatkan tandatangan" Doktor Khairul bergerak menuju ke biliknya diikuti Tan Sri Nizam sempat dia menyuruh Ayden menjaga mamanya
Doktor Khairul menyuruh Tan Sri Nizam duduk dahulu sementara dia mengambil borang keizinan.
"Doktor apa effect selepas pembedahan ini ?"
"Kemungkinan anak Tan Sri boleh hilang ingatan kerana hentakan sangat kuat." Doktor Khairul memberi senyuman pada Tan Sri Nizam lalu menepuk bahu lelaki itu memberi semangat
Pembedahan berjalan dengan lancar,Tan Sri Nizam juga sudah menyuruh orang-orangnya mencari bukti tentang kes anaknya itu tanpa sedar Ayden mendengar segala yang diberitahu oleh orang suruhan bapak nya.
"Naim wey bangun lahh aku tiada kawan tahu tak hmm" Ayden bercakap seorang diri sambil memandang tubuh kaku abang kembarnya itu
"Ayden cakap apa tu ?" Puan Sri Aina mengusap kepala anak kembar keduanya
"Hmm bile Naim nak bangun maa ?" Soalan ibunya tidak dijawab sebaliknya dia yg memberi soalan kepada ibunya
"Doa banyak - banyak ya sayang" Puan Sri Aina mengucup pipi Ayden. "Oke noww anak mama ni balik then mandi oke esok nak sekolah" Paun Sri Aina memberi Ayden pada drivernya
"Pak mat nanti bawa Ayden pergi makan dulu ya" Senyuman diberikan pada drivernya
3 minggu sudah Ariq koma selama tiga minggu itu juga banyak hal yang terjadi antaranya saudara mara mereka bergaduh akibat Ariq dipukul oleh.....ikhmal abang sepupu mereka. Ya ikhmal yang mengupah orang untuk memukul Ariq (dah tua pon bodo 🗿)
Ayden yang baru tiba di wad yang menempatlan abangnya terkejut melihat abangnya sudah sadar. Dia memandang ibunya dan ibunya hanya tersenyum melihatnya
"Naim kau dah bangun" Ujar Ayden ceria lalu memeluk abang kembarnya
"Hmm kau muka asal sama macam aku ?" Ariq memegang kepalanya haihh tadi ade orang tua kata tu mak ngn ayah dia ni siapa pula muka sebijik macam aku .
"Adik kembar kau lah kalau dah rupa pon sama eyy" Ayden tergelak melihat abangnya yang tidak ingat apa-apa
"Ouh kau panggil aku apa tadi ?" Ariq menepuk sebelah katilnya untuk Ayden duduk disitu dari tadi adiknya hanya berdiri sahaja.
Ayden naik ke katil dan duduk disebelah abangnya. "aku panggil kau Ariq jelah ya lupakan kisah lama bukak kisah baru hehe" Ayden tersengih memandang muka abangnya yang dari tadi hanya beriak dingin tiada sebarang senyuman.
"Amboi anak mama ni baru 10 tahun dah pandai eh cakap macam orang dewasa" Puan Sri Aina tersenyum melihat adik dan abang itu,walaupon dia agak terkilan kerana Ariq tidak ingat tentang dirinya tetapi dia bersyukur anaknya masih selamat
"Cikgu ajar tadi mama" Ayden menggaru kepala yang lalu memandang abangnya semula "Kau bila bole keluar ?"
"Entah" Balas Ariq sepatah
"Esok Ariq dah bole keluar sebab doktor kata abang awak tu dah makin sembuh" Puan Sri Aina menjawab soalan Ayden lalu memberi menyuap Ariq dan Ayden makan.
Sudah setahun sejak Ariq dipukul kini Ariq telah mengingati sedikit sebanyak kisah hidupnya dan penyebab dia dimasukkan ke hospital dia juga telah berpindah ke KL atas arahan keluarganya tetapi dia masih tidak tahu siapakah yang memukul dirinya hingga menyebabkan dirinya hilang ingatan.
Selama setahun juga dirinya telah berubah 100% dari seorang yg ceria dan banyak bercakap lalu berubah ke seorang yang dingin dan pendiam. Mukanya juga sudah jarang memberi senyuman yang ada hanya senyuman sinis
"Hey brother, chestnuts hmm" Ayden menepuk bahu Ariq lalu melabuhkan punggung di sebelah Ariq yang sedang termenung memandang swimming pool dihadapannya
"Kau tahu siapa yang pukul aku ?" Mata Ariq beralih ke arah Ayden
"Tak" Ayden menjawab sepatah lalu memandang Ariq dengan senyuman sinis "tapii...aku tahu dalang dia siapa" Ariq yang baru berniat untuk berenang terhenti apabila Ayden berkata dia tahu siapa dalang disebalik kes pukulan pada kepalanya.
"Siapa ?" Tanya Ariq dingin lalu merapatkan badannya pada Ayden
"Ingat tak abang sepupu kita nama dia ikhmal ?" Soalan dibalas dengan soalan
"Hah ouh ingat-ingat...waitt jangann cakap yangg.." Ayat Ariq terhenti bile melihat adik kembarnya mengangguk seperti mengiyakan apa yang ada didalam fikiran nya.
"Betullah dia dalang,and lepas dia dapat tahu kau masuk hospital dia dah ada dalam airplane" Ayden menerangkan pada abangnya lagak mereka seperti sudah bekerja tetapi hakikatnya mereka baru berusia 11 tahun.
Ariq sudah menggenggam erat kedua tangannya. Ayden hanya membiarkan abangnya kerana sewaktu dia mengetahui hal itu,hatinya juga sudah panas.
"Aku akan balas balik !" Ariq melangkah masuk kedalam biliknya
Ayden memandang abangnya lalu dia pon melangkah masuk kedalam rumah.
End Flash back
TBC 🌹
Hai awak so macam mana part flashback nii ada oke kee ??
Wahh tak sangka ehh ikhmal sanggup buat macam tu ish iii...jahat betull
Agak-agak apa hukuman layak tuk Ikhmal nii ??
Tqq mana yang support 🥺
YOU ARE READING
Sweetheart Mr.Headprefect (OG)
Genç Kurgu𝓘𝓻𝓭𝓲𝓷𝓪 𝓜𝔂𝓵𝓵𝓲𝓪 𝓐𝓻𝓲𝓺 𝓝𝓪𝓲𝓶 Dua insan yang tidak mengenal erti mengalah. Kalau jumpa pasti ada pergaduhan antara mereka, seorang suka menyakat seorang lagi suka mengamuk. Apakah yang terjadi antara Ketua pelajar dan gadis nakal itu...