"Mereka dah hampir.Airene dalam bahaya.Kita kena buat sesuatu.Kalau tak...." berat bagi Rowene untuk meneruskan kata-katanya.
"Tapi macam mana mereka boleh jumpa kita? Mustahil mereka dapat menembusi sihir dinding perlindungan?" tanya Meris.Raut wajahnya jelas kebimbangan.
"Tiada apa yang mustahil.Mereka semakin kuat aku dapat rasakan ilmu hitam dalam dirinya.Penuh dendam dan kegelapan.Airene hampir berusia 16 tahun.Semakin mudah untuk mereka merungkai sihir kita."
"Apa perlu kita buat?" tanya Meris cemas.
"Aku akan pergi ke Mierland untuk mencari seorang penjaga. Airene perlukan penjaga untuk melindungi dirinya.Kita kena buat persediaan awal. Aku akan bertolak hari ni. Kita tak boleh lengahkan masa. Aku akan pulang secepatnya." balas Rowene tergesa-gesa sambil menyiapkan keperluannya untuk berangkat ke Mierland. Walaupun usianya sudah lanjut. Namun digagahkan jua tenaga untuk melindungi cucu tersayang. Pewaris vampirene.
**********
Rosery High School"Dieorang dah sampai! The Ice dah sampai! Cepat siap sedia." jerit seorang pelajar sambil tercungap-cungap.
Serta merta semua pelajar di dalam kelas 3-1 panik. Riak bimbang jelas di wajah mereka. Kelas menjadi kelam kabut. Tiga orang pelajar perempuan datang beriringan. Mereka berjalan dengan wajah yang selamba. Namun itu sudah cukup menggetarkan pelajar di dalam kelas itu. Mereka bertiga berdiri di hadapan kelas sambil menyilangkan tangan masing2.Semua pelajar berdiri serentak.
"Aku dengar ada pelajar dalam kelas ni buat hal pagi tadi." kata salah seorang dari mereka, Carrie.
"Cepat mengaku." sambung Gina. Nada suaranya masih tenang.
"Errr..kami tak tahu." jawab ketua kelas tersebut terketar-ketar.
"Pelajar 3-1! " jerit Airene selaku ketua The Ice sambil memukul meja dengan tapak tangannya. Semua pelajar tersentak.
"Sebelum aku cari sendiri pelaku tu baik korang mengaku. Siapa yang pecah masuk bilik Protection dan curi data salah seorang pelajar di sekolah ni?! " bentak Airene kerana hilang sabar.
"Mengaku!" jerit Gina pula.
Semua pelajar menundukkan kepala masing2. Tidak berani bertentang mata dengan The Ice.
"Baik. Kalau ini yang korang nak." kata Airene dan mula berjalan di meja-meja pelajar untuk memeriksa sendiri. Begitu juga dengan Carrie dan Gina.
"Masing2 letak beg atas meja!" arah Carrie. Semua pelajar hanya menurut. 10 minit berlalu dan mereka sudah siap memeriksa semua beg pelajar kelas itu tapi tidak menemukan bukti.
Airene mula memerhatikan setiap pelajar. Dia terus berjalan ke arah seorang pelajar perempuan yang duduk berdekatan tingkap. Nalurinya kuat mengatakan itu lah pelakunya.
"Kau buka kasut." arah Airene.
"K..kenapa?" tanya pelajar tadi.
"Buka je lah!"
"Tak..tak nak.."
Airene memberi isyarat kepada dua rakannya. Carrie dan Gina menerpa ke arah pelajar tadi dan menolaknya hingga terduduk di kerusi. Kedua tangan dipegang oleh Carrie dan Gina. Airene segera membuka kasut pelajar tadi walaupun dia meronta-ronta. Airene membelek -belek kedua-dua kasut tersebut. Dia kemudian mengambil pisau kecil dari poketnya dan mula menoreh salah satu tepi tapak kasut tersebut. Setelah beberapa minit.
"Ni apa?!" tanya Airene sambil menunjukkan satu pendrive yang baru dijumpanya dari tapak kasut tadi.
"Airene tolong lah jangan hukum saya..saya mintak maaf ..saya tak berniat...tolong lah Airene saya merayu" rayu Luna sambil melutut di depan Airene dan menangis teresak-esak.
"Kau tau tak kau dah bahayakn pelajar yang kau curi data dia. Kau merayu lah macam mana pun aku tetap akan hantar kau ke bilik kaunseling! Dan pelajar lain. Aku beri amaran. Kalau korang berani buat hal dengan sekolah ni korang kena berdepan dengan The Ice dulu! Faham?! lagi satu aku nak korang semua lari satu padang 10 kali. Ini sebagai pengajaran untuk korang supaya jangan main2 dengan The Ice." bentak Airene.
Semua pelajar terkejut. Ada yang mulutnya terkumat kamit menyumpah The Ice, ada yang buat muka tak puas hati dan ada yang mulutnya terlopong.
"Tunggu apa lagi? Sekarang!" jerit Gina. Lintang-pukang semua pelajar lari ke luar kelas dan menuruni anak tangga. The Ice hanya memerhati mereka berlari ke bawah dari tingkap dengan senyuman sinis. Kemudian mereka melakukan high five bertiga dengan hati yang puas.
"Mission accomplish" serentak mereka berkata dan terus ketawa. Geli hati melihat pelajar 3-1 didenda.
Tbc ..
P/s : this is my first born story so please leave your comment so that i can improve my writing. Sorry if it is not good as you all wants. Kamsahamida *bow
YOU ARE READING
Guardian of the vampire *Malay
Vampire"Mereka dah hampir.Airene dalam bahaya.Kita kena buat sesuatu.Kalau tak...." berat bagi Rowene untuk meneruskan kata-katanya. "Tapi macam mana mereka boleh jumpa kita? Mustahil mereka dapat menembusi sihir dinding perlindungan?" tanya Meris.Raut waj...