Basketball match

3.2K 205 0
                                    

Airene, Evans, Carrie dan Gina terduduk di atas sofa kepenatan. Satu hari mereka berjalan-jalan di bandar Seryvielle. Penat tapi dieorang tetap happy sebab dapat luangkan masa bersama.

"Penat berjalan?" tanya Meris yang datang ke arah mereka.

"Huuu penat..." Gina sudah tertiarap.

"Dah la pergi mandi. Nanti makan malam sama-sama. Mama masak kan makanan favorite korang,"

"Yeayyyy bestnya!" Gina terus bersemangat.

"Kau kalau bab makan laju je."Carrie menjentik dahi Gina.

"Auchh.. Sakit lah." Gina menggosok-gosok dahinya.

"Airene masuk bilik dulu ya Aunt." kata Airene dan berlalu.Evans pula sudah lama masuk ke biliknya.

"Ha..korang ni bila nak mandi?" tanya Meris.

"Aku mandi dulu!" jerit Carrie dan terus ke biliknya.

"Aku dulu lah!" Gina pantas berlari mengejar Carrie.

Gina dan Carrie berkongsi bilik. Maka terjadilah insiden berebut bilik mandi.

************

4 days before birthday....

Airene menatap pantulannya di cermin besar yang terlekap di dinding biliknya.

Rambutnya yang berwarna biru berselang perang dibelek-belek lalu disikat dan diikat satu. Cekak rambut berwarna keemasan di pakaikan di kepalanya. Rantai pemberian Evans masih terletak kemas di lehernya. Airene memasukkan loket rantai ke dalam bajunya

Airene mengoleskan sedikit pelembap bibir di bibir merahnya. Kemudian dia merapikan uniform sekolah yang tersarung di badannya.

Setelah puas dengan penampilannya, Airene mencapai beg sandangnya dan keluar dari bilik.

**********

"Ah..pagi yang indah." Gina mendepakan tangannya dan menghirup udara pagi sebaik mereka berempat keluar dari rumah.

Airene dan Evans hanya memerhatikan gelagat Gina. Tapi udara pagi ni memang nyaman.

Sebenarnya mereka berempat risau untuk ke sekolah. Satu sebab iaitu...Terese! Takut-takut kalau Terese ada dan mengancam mereka lagi.

Tapi kata Rowene, Eryana dan Terese mungkin sedang sibuk untuk mengumpulkan kuasa mereka. Jadi, Terese takkan ganggu mereka.

"Come on happy lah sikit! Pagi-pagi muka macam lembu tak dapat rumput je. Lembu? Tiba-tiba macam nak minum darah pulak." Gina mengusap tekaknya.

"Kau ni!" Carrie menepuk dahi Gina dan dia kembali sedar.

"Ok sorry2. Btw hari ni sekolah kita ada basketball match kan?" tanya Gina.

"Haah la. Pusingan final. Lawan dengan Sunny High School." Airene menyampuk.

"Basketball? Macam pernah dengar." Evans bersuara.

"Alah basketball takkan tak tahu. Best tau kalau tengok perlawanan nya. Basketball perempuan kan yang lawan?" tanya Carrie.

"Haah. Kalau team basketball lelaki sekolah kita dah lepas. Dah menang pun." balas Gina.

"Tapi team basketball perempuan sekolah kita tahun lepas kalah dengan Sunny. Mintak2 dieorang menang tahun ni."

Mereka berbual-bual sepanjang berjalan ke sekolah.

Sehingga lah sampai di sekolah. Airene, Carrie dan Gina tidak merasakan aura yang pelik ketika itu. Mereka menghembuskan nafas lega. Maknanya Terese tak ada kat situ.

Guardian of the vampire *MalayWhere stories live. Discover now