Its complicated

3.4K 197 4
                                    

Evans mendekati Airene yang terbaring di atas katil tidak sedarkan diri.

"Airene, aku mintak maaf. Aku bukan penjaga yang baik. Aku gagal lindungi kau. Airene..." Evans menggenggam erat tangan Airene. Air matanya jatuh satu persatu.

Airene perlahan-lahan membuka matanya. Orang pertama yang dilihatnya....

"Evans?"

"Airene...!" Evans terus memeluk Airene. Erat.

Airene terkejut. Bangun bangun je kena peluk. Tapi dia rasa selesa dengan pelukan Evans. Air matanya mula mengalir.

"Evans kau okey?" tanya Airene sambil berusaha untuk duduk.

"Aku okey. Kau tu yang tak okey. Aku mintak maaf. Aku gagal jaga kau," balas Evans.

"Tak pe.. Mana Carrie n Gina?" tanya Airene.

"Dieorang ada kat bilik sebelah," balas Evans.

Terus Airene bangun dari katil dan menuju ke bilik sebelah.

"Carrie, Gina.....korang okey?" tanya Airene sebaik melihat Carrie dan Gina sedang duduk bersebelaham di atas katil. Dia terus memeluk 2 sepupunya itu.Meris dan Rowene hanya melihat mereka.

"Kiteorang okey. Baru sedar ni. Airene, rambut kau..." kata Carrie terkejut melihat rambut Airene.

"Hah?" Airene membelek-belek rambutnya. Warna rambutnya berselang seli perang dan biru.

"Semalam kamu keluarkan kuasa vampirene. Sebab tu lah...tapi lepas kamu dapat kuasa vampirene sepenuhnya, rambut kamu akan sepenuhnya berwarna biru." kata Rowene.

"Nenek!," Airene terus memeluk nenek kesayangan yang sudah lama tidak jumpa apabila ternampak Rowene."Rindunya," Airene menghadiahkan ciuman di pipi neneknya. Rowene hanya tersenyum.

"Maafkan saya Rowene. Saya gagal menjaga Airene." kata Evans sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Tak mengapa. Bukan salah kamu. Sepatutnya saya berterima kasih sebab dah selamatkan Airene, Carrie dan Gina dengan teleport ke sini." balas Rowene.

Airene mengambil tempat di sebelah Gina.

"Nampaknya bukan sahaja Eryana tapi Terese pun menuntut ilmu hitam." Rowene memulakan perbualan.

"Semalam.....nampaknya dia memang kuat. Kami tak sempat nak gunakan kuasa vampire kami ke atasnya." Gina mula mengingati kejadian semalam.

"Tapi nampaknya dia dah gunakan hampir separuh dari ilmu yang dituntutnya. Mungkin mengambil beberapa hari untuk pulihkan semula kuasa dia." kata Rowene.

"Maknanya dia takkan serang Airene, Carrie dan Gina buat sementara waktu?" tanya Meris.

"Ya," balas Rowene.

"Tapi kamu tetap perlu hati-hati," pesan Rowene kepada mereka berempat.

"Nah, minum air ni dulu. Ia dapat bantu memulihkan dalaman kamu," kata Meris sambil menghulurkan tiga cawan plastik bertutup dan berstraw.

Carrie, Gina dan Airene menyambutnya dan terus menyedut minuman itu.

"Ermmmm... Sedapnya...air apa ni mama?" tanya Gina yang sudah pun habiskan semua minumannya.

"Darah. Darah lembu." balas Meris. Kalau beritahu awal-awal mesti dieorang tak nak minum.

Hampir tersembur Airene dibuatnya. Gina pula sedang mengurut-ngurut dadanya. Carrie dengan muka selamba.

"Kamu semua hampir genap 16 tahun, seminggu lagi waktu bulan purnama kamu semua akan genap 16 tahun, usia remaja vampire. Darah akan jadi makanan kamu. Jangan risau. Rasanya pun bukanlah seteruk mana kan?" kata Rowene. Sememangnya Airene, Carrie dan Gina berkongsi tarikh lahir yang sama.

Guardian of the vampire *MalayWhere stories live. Discover now