"Weyh aku dengar pelajar 3-1 buat hal.Teruk dieorang kena dengan The Ice." Ron memulakan perbualannya di kantin.
"Biasalah tu ada budak cari nahas pergi pecah masuk bilik protection. Tu namanya cari bala." balas Kiko kaki gosip.
"Motif?" tanya Ron sambil menyedut air soda.
"Kes iri hati la. Dia curi data budak lain. Katanya dia nak sabotaj data budak tu. Dia nak buang biar budak tu tak dapat ambil exam. Tapi 'bijak' sangat. Dia tak fikir berapa banyak sistem security yang dipasang kat situ. Bila The Ice cari, baru nk merayu melutut bagai. Tak pasal2 kena buang sekolah."
"Macam la tak kenal The Ice. Dieorang tu ibarat mata2 cikgu kat sini. Berani jugak buat hal..uhuk uhuk pfffttt..bla jom bla" terbatuk Ron apabila melihat The Ice memasuki ruang kantin dan segera mengajak Kiko pergi dari situ.
********
"Uwaaa laparnya," mengadu Gina."Woii senyap lah sikit. Kau buat aksi manja macam tu nanti pelajar lain tengok, jatuh lah kredibiliti kita sebagai The Ice." tegur Carrie.
"Relax laa. Kau tengok sekeliling ni, ada nampak pelajar lain ke? Dieorang semua dah lari masa kita masuk kantin ni tadi." balas Gina.
"Weyh korang dah la tu. Kita datang sini nak makan kan? Jom la beli." marah Airene pula.
"Kau ni Airene garang sangat lah. Muka tu tak boleh senyum ke? Ketat je." omel Gina.
"Pape je la," balas Airene yang sudah membeli makanan.
Ketika Airene sedang berjalan menuju ke meja tiba-tiba dadanya berasa sakit. Rasanya seperti ditoreh-toreh. Dulang berisi makanan terlepas dari tangannya. Bunyi tersebut menark perhatian dua sahabatnya.
"Airene! Airene! kenapa ni? Sakit lagi?" tanya Carrie cemas.
Airene memegang dadanya. Kemudian rebah dan tidak sedarkan diri. Darah mengalir keluar dari hidungnya.
Tiba-tiba seorang lelaki masuk ke kantin itu dan menerpa ke arah mereka.
"Kita kena bawa dia balik! Segera!" ujar lelaki tadi dan terus mengangkat tubuh Airene yang tidak sedarkan diri.
Carrie dan Gina tercengang. Dari mana datangnya lelaki tadi? Siapa dia?
"Kita takde masa. Aku tak boleh jelaskan sekarang. Percayakan aku!" kata lelaki tadi dan terus membawa Airene pergi.
Carrie dan Gina yang masih tercengang hanya mampu menurut sahaja.
********
Bunyi ketukan pintu mengejutkan Meris yang sedang memasak. Segera dia membuka pintu. Serta merta riak wajahnya bertukar terkejut.
"Apa dah jadi? Kenapa dengan Airene? Dah cepat bawa dia ke dalam." arah Meris kerisauan.
Meris meletakkan tapak tangannya di dada Airene dan memejamkan matanya. Carrie, Gina dan lelaki tadi hanya memerhatikan dari jauh.
Airene membuka matanya dengan tiba-tiba. Anak matanya berwarna merah menyala kemudian beransur hitam dan pulih seperti biasa. Airene akhirnya terlena. Carrie, Gina dan lelaki tadi menerpa ke arah Airene dan Meris.
"Mama, apa jadi dengan Airene?" tanya Carrie.
"Eryana." sepatah perkataan tetapi mampu mencemaskan Carrie dan Gina.
"Apa dia buat dekat Airene?" tanya Gina pula.
"Dia semakin kuat. Dia dah rungkai sihir perlindungan. Dia dah jumpa kita. Semakin hampir dia dengan Airene, semakin mudah dia menyiksanya." Meris memandang seorang lelaki di hadapannya.
"Kau siapa? Siapa hantar kau?" tanya Meris.
*********
Perlahan-lahan Airene membuka matanya. Dia melihat sekeliling dan terpandang seorang lelaki di sebelahnya.
"Kau siapa?" tanya Airene dingin.
"Perkenalkan saya Sam Evans. Your guardian." balas Evans sambil tunduk hormat.
"Hah?" Airene buat muka pelik.
"Eryana dah rungkai sihir perlindungan. Dia dah jumpa kita. Sebab tu kamu perlukan Evans." jelas Meris yang tiba-tiba masuk ke bilik itu.
"Mesti ada kaitan dengan apa yang berlaku pada saya tadi, betulkan Aunt Meris?" tanya Airene sambil matanya memandang ke bawah.
"Ya. Dia semakin kuat. Tidak lama lagi kamu akan genap 16 tahun. Sihir perlindungan Rowene terungkai dengan mudah kerana hampir keseluruhan kuasanya sudah turun kepada kamu. Kuasa vampirene."
"Kenapa dia seksa saya Aunt Meris? Kenapa? Sampai hati dia buat saya macam ni." Airene sudah mengalirkan air mata.
Carrie dan Gina masuk ke dalam bilik setelah mendengar tangisan Airene. Tangisan vampire.
"Dia perlukan kami," kata Carrie.
"Baiklah," Meris dan Evans berlalu meninggalkan bilik tersebut.
Carrie dan Gina menerpa ke arah Airene dan memeluknya erat.
"Rasanya sakit...sakit sangat..lebih sakit dari sebelum ni...kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa? Aku anak dia!!! Aku anak dia!!! Hampir setiap malam dia tak berhenti seksa aku. Aku tak kuat..." adu Airene sambil menangis di bahu Carrie dan Gina.
"Tak Airene aku tau kau kuat. Kau mampu hadapi ni semua.!" kata Carrie. Dia juga menitiskan air mata melihat sepupunya terseksa.
"Tak Carrie, sakit sangat rasanya bila ibu sendiri menganiaya kita. Aku tak sanggup. Dia toreh jantung aku penuh dendam Rie. Aku dapat rasakan."
"Sabar Rene. Aku tau aku kenal kau. Mana Airene yang aku kenal? Mana ratu The Ice yang tak pernah nangis? Mana?" kata Gina bagi menyedarkan Airene.
Airene hanya menggelengkan kepalanya sambil menangis.
"Rene, makin kau nangis makin suka dia tengok kau macam ni. Kau kena tabah. Kau kena tunjukkan yang kau kuat. Kau tak lemah Rene. Percaya cakap aku. Kau kena lawan sakit tu!" balas Gina sedikit marah.
"Aku tak mampu nak buat apa-apa!" bentak Airene.
Carrie dan Gina hanya mendiamkan diri.
Tanpa sedar sepasang mata memerhati dari tadi. Hatinya jadi sebak. Entah kenapa. Evans berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.
**********
"Puas hati aku! Hahahaha" ketawa jahatnya memenuhi bilik gelap itu.
"Mama! Kenapa berhenti? Seksa dia lagi! Mama tak ingat ke apa yang dia buat dekat ayah?!" rengek Terese.
"Sabar sayang, mama tahu apa mama nak buat dengan dia. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Genap 16 tahun baru kita bunuh dia! Buat masa ni mama nak seksa dia puas-puas baru dia rasakan setimpal dengan apa yang dia buat dengan ayah dahulu!
Proses penurunan kuasa vampirene... Mengikut buku vaspire, kuasa vampirene boleh diturunkan kepada sesiapa. Namun proses itu hanya lengkap apabila pewaris genap 16 tahun. Bermakna selagi pewaris belum berusia 16 tahun ( umur remaja vampire) kuasa vampirene belum sepenuhnya turun kepada pewaris.
"I hate her ma, please do something! I really want to see her suffer in front of my eyes!" bentak Terese, adik Airene.
"I know what to do. Maybe u can help me with something" kata Eryana penuh makna tersirat.
"My pleasure," balas Terese dengan senyuman sinis.
"Kau akan rasa kesakitan yang lebih dahsyat lagi selepas ni." gumam Eryana.
Melalui kuasa dalaman , Eryana menikam jantung Airene bertubi-tubi. Kesakitannya perit sekali. Namun jantungnya tidak tercedera atau luka sedikit pun. Menyiksa jiwa Airene bagi melemahkan semangatnya.
YOU ARE READING
Guardian of the vampire *Malay
Vampire"Mereka dah hampir.Airene dalam bahaya.Kita kena buat sesuatu.Kalau tak...." berat bagi Rowene untuk meneruskan kata-katanya. "Tapi macam mana mereka boleh jumpa kita? Mustahil mereka dapat menembusi sihir dinding perlindungan?" tanya Meris.Raut waj...