Airene, Carrie dan Gina berpakaian serba putih.
"Dah sedia?" tanya Rowene.
Mereka bertiga mengangguk termasuk Meris.
"Mari." mereka semua keluar dari kereta dan menuju ke satu kawasan luas.
Kawasan itu dikelilingi dengan pokok-pokok. Waktu malam menyuramkan lagi kawasan itu. Bulan purnama tegak di langit.
Waktu ini Airene akan menerima seluruh kuasa vampirene. Carrie dan Gina pula akan mempunyai kuasa yang lengkap sebagai vampire.
Rowene dan Airene berdiri bertentangan. Rowene menghulurkan tangannya. Airene menyambut. Mereka memejamkan mata.
Carrie, Gina dan Meris membentuk bulatan yang mengelilingi Rowene dan Airene. Evans pula ditugaskan untuk melindungi mereka.
Aura biru mengelilingi mereka. Tanda pemindahan kuasa sedang berlangsung.
"Kau ingat aku akan biarkan?!" Eryana dan Terese bersemuka dengan mereka.
"Hadapi aku dulu." kata Evans.
"Terese, uruskan dia!" arah Eryana. Terese mendekati Evans dengan wajah sinis. Terese mula menyerang Evans dengan kuasanya. Tapi ditepis Evans.
Bunyi bising mengganggu konsentrasi Airene, Carrie dan Gina.
"Fokus!" kata Rowene.
Mereka kembali fokus.
Evans pula sedang sibuk berlawan dengan Terese. Eryana mula untuk menyerang Airene. Tetapi serangannya ditepis Carrie dan Gina yang sudah selesai mendapat kuasa lengkap mereka.
"Sudahlah. Hentikan lah Eryana!" kata Meris.
"Korang bukan lawan aku!" kata Eryana dan terus menyerang Carrie, Gina dan Meris serentak. Mereka tercampak.
Evans sudah tersungkur.
"Huh lemah." Terese terus menyerang Evans. Evans bangkit dan berlawan lagi.
Meris terjelepok jatuh kerana serangan Eryana. Kuasa hitam Eryana sangat kuat.
"Mama!" Carrie dan Gina menerpa ke arah Meris yang longlai.
Proses vampirene sudah selesai. Rambut Airene bertukar sepenuhnya kepada biru. Anak matanya juga berwarna biru.
"Biar nenek uruskan mama kamu. Pergi bantu Airene dan Evans!" kata Rowene kepada Carrie dan Gina.
Airene menyerang Terese yang sedang menyerang Evans. Terese terjatuh. Kemudian Airene berdepan dengan Eryana.
"Hentikan semua ni!" kata Airene.
"Tak! Kau kena terima hukuman atas apa yang kau dah buat!" mata Eryana berwarna merah.
"Airene tak bunuh papa! Airene tak buat semua tu!"
"Penipu! Aku nampak sendiri! Sekarang aku nak nyawa kau!" Eryana menyerang Airene.
Airene mengelak. Tetapi tetap terkena serangan kedua dari Eryana. Airene tersungkur tetapi cuba kuatkan diri.
Eryana terus terusan menyerang Airene. Airene tidak mampu membalas kerana itu ibunya.
Sampai satu saat Airene rebah. Dia memuntahkan darah. Mukanya penuh dengan calar dan lebam. Badannya terluka kerana ilmu hitam Eryana yang kuat.
Sementara itu Carrie, Gina dan Evans berhempas pulas menyerang Terese. Tetapi seperti tiada kesan langsung.
Mereka kepenatan. Waktu itu Terese menggunakan kuasanya dan menghentak kuat tubuh mereka bertiga. Masing-masing berlumuran darah.
YOU ARE READING
Guardian of the vampire *Malay
Vampire"Mereka dah hampir.Airene dalam bahaya.Kita kena buat sesuatu.Kalau tak...." berat bagi Rowene untuk meneruskan kata-katanya. "Tapi macam mana mereka boleh jumpa kita? Mustahil mereka dapat menembusi sihir dinding perlindungan?" tanya Meris.Raut waj...