Sekolah Lembah
Bangunannya megah, tersergam indah,
Setiap bloknya ada sejarah,
Di padang ini lahirnya si gagah,
Di surau ini tersemat sirah dalam berkah,
Di makmal ini diterokai setiap zarah,
Di bengkel ini ada kayu yang patah,
Di dewan ini ada jiwa-jiwa bertemu,
Namun akhirnya berpisah.Mulutku diam dan terkunci,
Melihat Sekolah Lembah ini,
Bagaikan tempat bersemayam dewa dewi,
Putera dan puteri,
Bagaikan inderaloka dimayapada yang senantiasa berseri,
Tempat ini dihadiri,
Puluhan generasi,
Silih berganti, para alumni.Di hadapan pagar besi,
Aku berjanji,
Sekolah Lembah, akan aku curah bakti.
YOU ARE READING
Sekolah Lembah
PoetryZine Sekolah Lembah ini menceritakan tentang seorang pelajar sekolah yang menuntut di Sekolah Lembah. Sekolah ini terletak disebuah kawasan pinggir bandar di Seremban. Pelbagai kisah menarik yang pelajar ini ingin cerita. Mungkin, mungkin juga. Kisa...