I
Ah Sudah,
Pagi tadi hujan, beg aku basah,
Buku-buku aku mesti senasib, aku sumpah.Ah Sudah,
Cikgu tanya kerja sekolah, dahi aku basah,
Semua sebab budak pintar bermadah.Ah Sudah,
Kerja tak siap, ketiak aku basah,
Cakap sahajalah tinggal di rumah.II
Nak tak nak kena berdiri,
Nak tak nak kena tahan maki,
Nak tak nak kena hadap lagiAyat Cikgu Kartini,
"Siapa belajar dekat rumah? Mak?"
Mak tak balik kerja lagi...
"Siapa belajar dekat rumah? Nenek?"
Nenek dah mati..
Haih, Nak tak nak kena tahan maki.
YOU ARE READING
Sekolah Lembah
PoetryZine Sekolah Lembah ini menceritakan tentang seorang pelajar sekolah yang menuntut di Sekolah Lembah. Sekolah ini terletak disebuah kawasan pinggir bandar di Seremban. Pelbagai kisah menarik yang pelajar ini ingin cerita. Mungkin, mungkin juga. Kisa...