Pesan Nenek pasal Sendiri

20 0 0
                                    

Nenek pernah pesan,
Bila besar belajar buat kawan,
Baru mudah diperjalanan,

Kata nenek lagi,
Nak cepat silakan pergi sendiri
Nak kekal biarlah berjalan itu ditemani.

Lucu sekali,
Aku tak mahu cepat-cepat,
Kekal? Dunia pun dah nak kiamat.

Nenek positif tak bertempat,
Tahulah cucunya dipenjuru kelas? Itulah tempat.

Masih lagi sendiri di zone selamat,
Moga telinga tak dipiat,
Bila berjumpa nenek di akhirat.

Nek,
Cu masih sendiri,
Tak berkawan, Tak berteman,
Tak ke bulan, Tak wujud di pasaran.

Sekolah LembahWhere stories live. Discover now