1 | Cheater

521 50 8
                                    

A MOBSTER PARAMOUR

'In his arm, it was always spring season-'

🍁


Actly tak nak bagi part ni sebab sejenis cliche boyfriend-cheat-with-bestfriend. Lmao.




KEBELAKANGAN ini aku perasan perubahan pada sikap Andrew. Dia selalu mengelak jika kami keluar dating, kalau keluar pun masanya juga lebih kepada telefon di tangan.

Seperti sekarang ini, makanannya masih belum terusik lagi. Aku hanya memerhati sepi, aku tahu ada yang tidak kena dengan perilaku Andrew. Tapi aku masih was-was sebab tiada bukti untuk menuduhnya.

"Baby, open your mouth..."

Hirisan daging aku sua pada bibir Andrew. Saat mulutnya dibuka, sengaja aku jatuhkan hirisan tersebut di bahagian dada bajunya.

"Babe, sorry."

Andrew berdesis. "Kenapa dengan you ni, Esther?"

"I tak sengajalah. Dah you tu mata dekat telefon je,"

Andrew merengus sebelum tubuhnya bangkit menuju ke bilik air. Tak tunggu lama, lekas-lekas aku mencapai telefon miliknya.

Aplikasi whatsapp aku buka, berkerut keningku saat nama Lily berada paling atas sekali. Maksudnya Lily adalah orang yang Andrew chatting dari tadi. Nafas lega aku tarik, Lily merupakan kawan baik kami. Jadi aku tak pernah meragui dia. Lantas, telefon aku taruh semula. Tapi belum sempat aku letak, mesej dari Lily masuk.

Tonight, dekat rumah I.

Keningku semakin berkerut. Aku mula rasa musykil dan saat aku mahu scroll perbualan mereka, figura Andrew yang kembali membuatkan aku meletakkan telefon semula. Aku berpura tenang dengan menyambung makan. Untuk mengelak suasana janggal, aku kembali berborak seperti biasa.

Kalau diikutkan woman's hunch. Aku mula rasa ada yang tidak kena dengan mereka berdua, dari tiga bulan lepas lagi aku perasan keakraban mereka tapi aku cuma abaikan. Aku masih mahu terus percaya pada mereka dengan tak berfikir yang tidak-tidak.

MALAM ini, entah kenapa aku turutkan kata hati untuk pergi ke rumah Lily. Kalau dia ajak hangout, dia akan ajak kami bertiga. Tapi kenapa hanya Andrew sahaja? Dan kenapa tanpa pengetahuan aku? Dan kenapa harus malam-malam begini? Benakku tidak henti pertikai.

Grab aku naiki, bila tiba di depan rumah flat Lily, aku segera hulur duit dan tak perlu tunggu lama, laju saja kaki berlalu keluar. Aku menyorok di balik tangga. Jam di telefon aku lirik.

8:30 malam. Aku tak tahu pukul berapa Andrew akan tiba. Jadi aku buat keputusan untuk menunggu hingga kelibat dia terlihat.

15 minit berlalu...

30 minit berlalu...

Sedar tak sedar, sudah satu jam aku menunggu. Kulit tangan dan kaki yang digigit nyamuk, aku garu.

"Aku salah faham kot," ujarku perlahan.

Baru sahaja aku mahu bangkit. Nombor plat kereta yang dikenali membuatkan langkahku terhenti. Aku memerhati lama kawasan parkir tersebut. Bunyi tapak kaki terdengar dekat, tidak boleh tidak. Aku kembali ke tempat persembunyian.

Itu Andrew.

Jemari aku genggam saat terlihat kelibat dia yang memijak tangga. Segera whatsapp aku buka.

Andrew awak ada dekat mana? Busy tak?

Seminit.

Saya keluar dengan family.

Sorry, not available.

Makin erat aku genggam jemari. Tak guna, Andrew tipu. Aku masih menunggu di tempat sama, bibir bawah aku gigit. Gelisah. Hampir setengah jam aku menanti, tapi Andrew tetap juga tak turun-turun.

Lantas, tanpa berfikir panjang aku menuju ke atas. Lambat-lambat langkah kaki melangkah. Hingga aku kini berada di hadapan pintu rumah Lily. Aku mula rasa takut. Macam mana kalau Andrew curang padaku?

Bibir bawah aku gigit.

Patah balik atau teruskan? Jemari aku genggam erat bila terdengar desahan dan diikuti dengan tawa manja Lily. Lantas, pintu yang separuh terbuka segera aku pulas. Lucky me, pintu tak berkunci. Dengan dahi yang berkerunyut, aku melangkah masuk tanpa sebarang bunyi.

"It tickles, Honey don't kiss there..." Lily melenguh.

"You know, I love your boobs the most." Andrew membalas.

Seakan tak percaya dengan apa yang terhidang di depan mata, aku bawa tapak tangan ke mulut. Cuba mengintai perbuatan mereka di sofa. Dan memang benar lagi sahih, figura yang berada di depan mata sememangnya mereka berdua. Kawan baik dan teman lelaki aku sendiri.

Someone, please tell me this is just a nightmare.

"You both look great together." Tuturku. Cuba bersahaja, walhal hati ini retak seribu.

Tak tentu arah mereka berdua bangkit. Tangan Lily juga pantas membetulkan lengan baju tidurnya yang terdedah. Andrew berpaling menatapku, bahkan dia juga terlihat kelu. Mungkin tak sangka, aku akan kantoikan mereka di sini.

Jemari aku genggam saat terperasankan satu tanda merah di lehernya. Kornea mata masih jelas memerhatikan dia yang hanya berbalut boxer.

"Esther," rautnya jelas risau. "I can explain,"

"Dah berapa lama kau orang berdua tipu aku?" Desakku.

Airmata yang jatuh aku lap kasar. Lelaki bangsat macam Andrew tak layak ditangisi.

Senyap.

"Aku nampak dan aku dengar semuanya. Sampai hati kau buat aku macam ni Lily, kau kawan baik aku kan?" Lirih.

"Esther, I'm sorry..." Andrew menunduk.

"You jangan jadi bodoh Drew, memang salah kau Esther, kau bercinta dengan Andrew sedangkan kau tahu aku suka dia kan? Dan salah kau sendiri bila kau yang tak pandai layan dia."

"You know what, men needs..."

"Shut up bitch!" Tengkingku.

Jemari aku genggam erat. Aku tahu, aku tak pernah beri apa yang Andrew mahu dariku. Aku cuma mahu menjaga apa yang sepatutnya untuk suami walau aku sedar, zaman sekarang sememangnya bebas dari segi seksual. "Mulai saat ini, kau berdua bukan siapa-siapa lagi dalam hidup aku."

"Great, Fine." Lily membalas. Dari situ, aku tahu selama ini dia tak pernah ikhlas berkawan denganku.

"Jangan pernah tunjuk muka kau orang lagi depan aku. We're over," tekad.

Alvin mendekat. Lenganku dicapai pantas. "Honey, wait." Aku tepis kasar, mata aku hala pada dadanya yang penuh kesan merah sebelum menatap wajah menjijikkan itu semula.

"You know what, hungry dogs are never loyal. And that's what you are Andrew. A literal dog." Sarkastik.

Aku kalih pada Lily. "Good luck with my trash, Lily."

"Honey. That was a mistake, I'm sor..." Andrew masih mencuba mencapai jemariku.

"Go fucking yourself!" Teriakku. Wajah Andrew aku pukul dengan slingbag sebelum aku berlari keluar.



H e r m o s aWhere stories live. Discover now