A MOBSTER PARAMOUR
'In his arm, it was always spring season-'
🍁
"I'M so fuck up," keluhku.
Terkebil-kebil sendirian mengenang nasib sebelum retina mataku terpandangkan sepasang kasut kulit di depanku.
Tap.
Semerta aku angkat wajah. Memerhati lama figura itu. Terbukti kata-kata orang, dunia ini sememangnya kecil. Walaupun di benua Russia yang jauh lebih luas daripada Malaysia. Ini adalah kali kedua aku berjumpa dengan lelaki soviet itu.
Dia turut memerhati aku. Mungkin pelik melihatku yang terduduk di sini.
"Mister greek-god," aku pantas bangkit.
Figura yang dikenali itu hanya menatap kosong sebelum aku menapak mendekati. Menghalang laluannya.
"I must be out of my mind. But Mr, can you help me?" Aku gelak kekok.
"I know I sound crazy, but I know nobody...
... Instead of you,"
"So..." Belum sempat aku menghabis kata, langkah aku dihalang Cedric. Aku hanya memerhati langkah lelaki greek-god itu yang berlalu ke dalam.
"Don't let her get close though." Lelaki itu bersuara pada Cedric.
Cedric yang patuh, mengangguk sebelum mendepa kedua tangannya. Usai memastikan tuannya itu jauh dariku, Cedric turut melangkah ke dalam.
Termangu seketika sebelum aku kembali membuntuti langkah lelaki itu. Walau apa yang terjadi, aku perlukan bantuan dia walau terpaksa memalukan diri sendiri.
Bibir bawah aku gigit saat dia hanya melepasi aku. Sekali lagi aku menghalang laluannya dengan mendepakan tangan.
"Sir, or whatever your name is. I truly need your help..."
Aku benar-benar buntu. Dan mungkin lelaki yang terlihat berpengaruh ini boleh tolong aku? Sebab hanya dia sahaja yang aku kenal dekat sini. Well, bukanlah terlalu kenal tapi sekurangnya masih boleh disebut sebagai kenalan bukan?
Dia hanya merengus dan bahuku ditolak ke sisi. Aku tetap berdegil, langkahnya masih aku halangi.
"At least for 1 RUB (Russian ruble)," pintaku.
Lelaki tersebut meneruskan langkahnya hingga ke dalam kasino. Aku berpeluk tubuh, dan bibirku mencebir. Huh! Apa yang aku baca di artikel hanya dusta sahaja.
Lelaki Russia budiman konon!
Segera aku bawa langkah ke dalam kasino. Tak kira apa yang terjadi, dia perlu tolong aku. Tapi sebaik sahaja aku membolos ke dalam... Suasana dipenuhi lautan manusia.
"The hell," keluhku.
Lebih kurang 30 minit aku mencari kelibat lelaki adonis itu tapi bukan sahaja figura. Batang hidungnya juga tidak terlihat. Sesekali, aku akan berhenti melihat para penjudi bermain.
Aku seakan leka dan baru sahaja aku mahu turut sama bersorak bagi yang menang, tak semena anak mataku terpandangkan lelaki bersut hitam. Dari postur tubuhnya, itu seakan lelaki yang aku cari. Tak tunggu lama aku lekas-lekas mengekori langkah lelaki tersebut.
YOU ARE READING
H e r m o s a
ActionExtended version soon. Action-romance. I took a sip from my devil cup. Slowly, it's taking over me. . . "You got two choices, Yes or Yes." He's dangerous. I'm falling.