2 | Drunk

412 40 2
                                    


A MOBSTER PARAMOUR

'In his arm, it was always spring season—'

🍁

Random part. Left some star, laling.



HARI kedua aku di sini dan aku masih belum sepenuhnya melupakan Andrew. Aku sendiri tak tahu apa yang ada pada bekas teman lelaki aku itu tapi sekurangnya kami mencipta banyak kenangan manis bersama.

Dengan berpakaian terdedah malam ini, kaki menapak menuju ke kelab malam. Bukan kebiasaan aku untuk pergi ke tempat liar seperti ini di Malaysia. Cuma, seperti yang aku selalu dengar...

Alcohol makes you forget pain.

Jejak sahaja kaki ke dalam, telinga aku dihidang dengan muzik yang catchy. Aku perhati rata-rata manusia di dalam yang asyik menari. Kedua tangan aku bawa ke lengan, terkadang di sepanjang laluan masuk ramai jejaka menegurku. Aku yang tak faham bahasa mereka hanya menggeleng sahaja atau buat tidak peduli.

Tujuan aku hanya satu, be drunk.

Tak tunggu lama, aku terus bergerak ke arah bartender. Bertanya tentang arak yang popular di kelab tersebut sebelum aku pesannya berkali-kali.

Aku semakin hanyut dalam suasana. Tanpa sedar, aku mula bergerak ke lantai tari. Menggerakkan tubuhku mengikut irama. Aku separa sedar bila punggungku diraba. Tak guna, lelaki memang makhluk paling menyedihkan.

Tak mahu terjadi lebih teruk, aku segera keluar dari tempat tersebut. Melihatkan keadaan aku, aku tergelak kecil. Sekarang ini aku yang terlihat menyedihkan.

Terhuyung-hayang langkahku berjalan. Pengaruh arak yang baru aku teguk sebentar tadi ternyata terlalu kuat. Tanganku mula berpaut pada dinding bila langkah aku mahu terbantut. Terhuyung-hayang langkahku tapi aku masih teruskan berjalan. Kepala yang berdengung membuatkan aku mendengus. Mata aku pejamkan dan aku mendongak memandang langit.

Bagai terulang kembali gambaran Andrew dan Lily yang tertangkap basah berhubungan sulit dari aku. Aku benci dengan mereka.

"Ah!" Jeritku kuat.

Kelopak mata aku buka semula, terpandangkan satu figura yang berdiri di jalan hadapanku, pantas aku bawa langkah ke sana walaupun langkahku agak pincang.

Tubuh belakang dia yang aku lihat sama seperti Andrew. Dia bertuxedo hitam. Tak tunggu lama tubuhnya segera aku pusingkan.

"Andrew?"

Lelaki berkot yang aku sangkakan Andrew mula menatapku. Sebaik sahaja retina kami bersabung, dapat aku rasakan iris mataku bersinar.

Visualnya bukan sebarangan.

A greek-god look.

Dari atas hingga bawah berjaya buat aku terpegun. Rambutnya yang kemas dan tiada secalit pewarna. Keningnya yang berkerut garang. Matanya yang merenung tajam. Hidungnya yang terletak mancung dan bibirnya yang terlihat mengiurkan! Ditambah dengan ketinggian dia, aura dia terlihat sangat maskulin. Aku mula terkedip-kedip. Dia seperti male lead yang selalu ada di dalam novel.

"Is he real?" Aku menyoal diri sendiri.

Aku bawa jari ke wajahnya. Belum sempat meraba lebih, kedua bahuku dipegang dan aku ditolak jatuh. Kasar.

"Auch!"

Aku mengaduh. Punggung yang sakit aku usap dan aku mendongak merenung wajah tiada ekspresi milik dia. Lelaki itu tanpa sepatah kata, terus berpaling dan meninggalkan aku. Belakang badannya yang berlalu aku tenung.

H e r m o s aWhere stories live. Discover now