A MOBSTER PARAMOUR
'In his arm, it was always spring season-'
🍁
BIASAN cahaya mentari yang menerobos, sedikit sebanyak menganggu lena. Kelopak mata aku buka lambat-lambat. Kepala yang sakit aku sentuh.
Entah berapa banyak arak aku teguk semalam, kepala aku terasa berat. Macam mana aku balik pun aku sendiri tak tahu.
Completely lost.
Aku bangkit separa tubuh. Dan saat kornea mata terpandangkan ruang bilik, serta-merta kedua kening aku bertaut bingung.
"Bilik siapa ni?"
Dahi aku picit dan saat aku angkat kepala memerhati sekeliling, aku tersentak. Figura lelaki asing yang berada di sofa single dengan kaki bersilang itu membuatkan aku jadi cuak.
"Who- who are you?" Kedua tangan aku silang ke dada.
Sempat mata menilik penampilan dia. Berkemeja putih dengan bahagian tangan dilipat hingga ke siku dan butang baju di bahagian dada yang terbuka tiga butang. Menyerlahkan dada bidang miliknya.
What a morning view.
Aku tilik diri sendiri dan nafas lega aku tarik bila pakaian di tubuh masih kekal di tempatnya.
"How do I get here?" Soalku lagi.
Lelaki itu tak memberi sebarang respon. Ditenung aku tanpa riak.
"Come in," sejurus itu, seorang butler melangkah masuk dengan membawa segelas air. Disua padaku.
Aku capai dan teguk rakus air tersebut dek tekak yang terasa kering. Gelas kosong aku hulur pada butler itu semula.
"Suit yourself." Lelaki itu bangkit. "And meet me at the table,"
Berkerut keningku. Paper bag yang dihulur butler aku capai, sempat aku jengah isi di dalam. Ternyata pakaian wanita.
Lalu tanpa sebarang ucapan dia turut berlalu meninggalkan aku. Mengerti dengan arahan lelaki itu sebentar tadi, aku menuju ke bilik air.
Selesai bersiap, aku melangkah keluar dari kamar. Lambat-lambat langkahku menapak, bila diiring dengan butler aku hanya membontoti dari belakang hingga tiba di bahagian dapur.
"Enjoy the meal," lelaki adonis itu mengarah.
Patuh. Aku melabuhkan punggung di salah satu kerusi, berhadapan dengannya. Aku menjamah tanpa banyak bicara.
Selesai, garfu dan pisau aku taruh di sisi. Bibir disapu dengan napkin.
"I'm thanking you for saving me last night, I really appreciate it." Tuturku.
"Next time you should be more careful young lady." Keras.
"Russia is not Malaysia. Nothing is safer,"
Kedua kening aku bertaut. "How did..." Belum sempat aku menyoal, clutch milikku dilempar ke arahku. Tangkas aku mencapai lemparan tersebut.
"I believe it's yours." Ujarnya.
Aku mengangguk. Ah, sudah pasti dia menyelongkar isi di dalam ini.
"By any chance, did you know this woman?" Disoal lagi.
Butler yang berdiri sedari tadi mula menghampiriku. Gambar di dalam telefon dihala pada aku.
Aku menggeleng laju. "Never met the woman," balasku.
Roman tampan itu aku tatap. Walau tiada segarit senyuman, visualnya masih enak dilihat.
Dia angguk kecil. "You may leave," tubuhnya bangkit.
"Cedric, take her out." Lelaki adonis itu mula menapak pergi.
Butler tadi mula mempelawa aku untuk turut beredar. Aku mengangguk akur dan mula membontotinya.
Walaupun bingung dengan soalan lelaki soviet itu. Kenapa dia bertanya pada aku? Aku bukannya orang sini.
Benak masih hairan dengan situasi kami. Lelaki kaya, muda dan kacak seperti dia membawa aku ke rumahnya? Hanya kerana aku mabuk?
Very gentleman behaviour.
"Erm, Mr. Cedric. Say thank you to your boss for this garbs." Ujarku. Mata merenung pakaian yang tersarung di tubuhku.
Lelaki bernama Cedric itu mengangguk. Tidak sekalipun dia membuka mulut untuk menutur padaku. Mungkin dia tidak sefasih bosnya.
Sepanjang perjalanan keluar, mataku meliar di setiap pelosok mansionnya.
Sebesar Istana!
Kini, kami berada di laman miliknya yang sebesar padang dan aku masih belum puas memerhati.
Mewah sungguh. Nampak gaya, lelaki greek-god itu bukan calang-calang orang. Di luar mansion sahaja beratur ramai pengawal peribadi.
Aku memboloskan diri ke dalam kereta bila pintu kereta dibuka untukku. Lihatlah itu, layanan mereka tak ubah seperti aku ini tetamu kehormat sahaja.
"Thank you," ucapku.
Dan tanpa sebarang kata, buggati hitam meluncur laju di jalan raya.
YOU ARE READING
H e r m o s a
ActionExtended version soon. Action-romance. I took a sip from my devil cup. Slowly, it's taking over me. . . "You got two choices, Yes or Yes." He's dangerous. I'm falling.