7

95 5 0
                                        


Fahmi yang sedang mencuri-curi membaca coretan isterinya hilang fokus apabila terlihat beberapa album gambar lama yang disimpan di bawah meja solek milik Isterinya. Dia menutup diari Dya dan menyembunyikan ke dalam beg bimbitnya yang diletakkan di tepi katil. Fahmi memandang pintu bilik sebelum mendekati album gambar tersebut. 

Fahmi membelek album gambar tersebut. Kebanyakannya gambar Elina dan seorang lelaki. Ada beberapa gambar Sofian dan juga Farina. Kelihatan seperti gambar itu di ambil di sebuah tapak perkhemahan. Fahmi terhenti menyelak album tersebut apabila melihat gambar Dya seorang yang tersenyum lebar. Senyuman yang jarang dilihat oleh Fahmi. Hati Fahmi rasa sebal. Entah siapalah yang mengambil gambar itu sehingga Dya tersenyum gembira seperti itu. 

Fahmi mengeluarkan gambar Dya dari album dan menatap gambar tersebut. Dia menyimpan semula album tadi tanpa memasukkan gambar Dya semula. Fahmi mengeluarkan semula diari Dya. Pasti ada coretan mengenai perkhemahan itu. 

7 July 2005

Saya bukan yang pertama. 

Fahmi mengerut dahi sebelum menyambung bacaannya. 

Tapi saya nak jadi yang terakhir untuk awak. Dua minggu yang menyiksakan. Kan awak? Saya ikut perasaan. Awak pun sama. Tapi saya lega bila kita dah berbaik semula. 

Fahmi tersenyum tepi. Bergaduh ke? Tulah. Puji sangat si Izhar tu. Bebel Fahmi di dalam hati. 

Saya cemburu dengan dia. Sebab dia kekasih pertama awak. Entah kenapa saya masih tak boleh nak hilangkan nama dia. Macam saya pula yang masih tak move on. Sedangkan awak dah berjanji yang awak dan dia dah lama berakhir. Saya pegang janji awak. Saya tahu awak takkan duakan saya. Kalau awak buat juga... tahulah nasib awak! 

*******

"Dya.. Iz tunggu kau kat luar tu," kata Farina selepas masuk ke dalam khemah yang dikongsi bertiga bersama Elina dan Dya. 

Dya menutup diarinya dan lampu suluh yang dihalakan ke diarinya. Dia memeluk tubuh bila mendengar kata-kata Farina.

"Aku masih rasa tak puas hati." Kata Dya sebelum mendengus perlahan. 

Farina tergelak kecil. 

"Aduh Dya... grow up. Benda dah berlalu. Ex dia pun pergi jauh dan takkan kacau korang lagi. Lagipun, kalau kau biarkan Izhar macam tu, samalah macam kau tolak Izhar supaya dekat balik dengan Ex dia." Ugut Farina secara halus. 

"Ei.. tak nak lah!" Pucat Dya mendengar kata-kata Farina. 

"Dah tu.. pergilah jumpa Iz tu. Jangan monyok-monyok. Senyum!" kata Farina dengan tegas. 

Dya tergelak kecil. "Yelah Mak nenek" jawab Dya sebelum keluar dari khemah. 

"Awak.." Izhar kelihatan serba salah.

Dya tersenyum lebar. Rasanya sudah cukup dia melancarkan perang dingin dengan Izhar. Lagipun Izhar tidak membuat salah apa-apa pun. Dia yang cemburu buta. Geram bila ada perempuan lain yang mengganggu Izhar. 

"Janji dengan saya," kata Dya dengan tiba-tiba. 

Izhar menjongket kening. Janji bulan bintang pun dia sanggup asal Dya menamatkan perang dingin antara mereka. 

"Apa dia?" 

"Cuma sayang saya sampai bila-bila," kata Dya sambil mendongak memandang Izhar. 

Izhar tersenyum lebar. Lega. Ingatkan apalah yang Dya mahu dia janjikan. Kalau cuma itu, sangat mudah. Kerana dia tidak dapat membayangkan hidup tanpa Dya. Apatah lagi menggantikan gadis itu dengan wanita lain. 

"Kalau awak langgar janji awak, saya takkan teragak-agak untuk angkat kaki. Lari jauh dari awak."Tambah Dya dengan tegas. 

"Janji." Serta merta Izhar mengangkat tangan seperti mengangkat sumpah di hadapan Hakim majistret. 

"Cuma ada Nadya Alisya untuk saya." Tambah Izhar lagi. Serentak dengan itu, bunga api yang seludup oleh Sofian terbang ke langit dan meletup dan menghasilkan percikan bunga api. 

Izhar dan Dya mendongak ke langit sebelum bertukar senyuman sesama sendiri. Izhar mengeluarkan tangan dari poket jaket dan menghulurkan tangannya kepada Dya. 

Tanpa ragu-ragu, Dya menyambut huluran tangan Izhar. 

"Awak dan saya. Kita akan bersama. Selagi nafas masih berhempus, dan tubuh masih bernyawa.. saya akan sentiasa ingat janji saya." 

Dya tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata Izhar. 

"Dya, Smile!" Elina tiba-tiba datang dan mengetik kamera.

*******

Fahmi kelam kabut menyembunyikan diari isterinya apabila pintu bilik ditolak dari luar. Dia memandang isterinya melangkah ke meja solek dan mengambil album-album gambar yang diletakkan di bawah meja solek itu. Fahmi perasan ada sekeping gambar terjatuh ketika isterinya mengangkat album tadi. 

"Um, Dya buat kerja di bilik sebelah ya. Kalau abang nak apa-apa, panggil je." Kata Dya sebelum keluar semula dari bilik mereka. 

Fahmi bingkas berdiri dan mengambil sekeping gambar yang melayang ke bawah katil selepas Dya melangkah keluar. Dahinya berkerut. Tangannya menggeletar menahan amarah. Wajahnya pada cermin di pandang dengan tajam sambil tangannya merenyukkan gambar tadi. 

Diari Isteriku, Cerita CintanyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang