Bab 13
"Puan Dya.."
Dya tersenyum menerima sapaan dari gadis itu. Sofea tersenyum manis sambil mengambil tempat duduk berhadapan dengan Dya. Dya berpeluk tubuh. Kalau boleh dia tidak mahu lagi berjumpa dengan gadis itu. Namun bila mendengar perbualan telefon Fahmi semalam membuat hatinya menggelegak.
"Saya faham kisah pernah tercatat dalam sejarah cinta Sofea dan Fahmi. Dan saya sedar kisah cinta tu belum pernah lagi bertemu titik akhir. Tapi saya juga sedar yang antara kekasih dan isteri, taraf isteri lagi tinggi sehingga hak kehidupan si suami adalah hak si isteri. Seperti mana juga suami. Tapi bila kekasih mula hadir semula dan memporak perandakan rumah tangga yang dibina atas alasan si isteri adalah perampas. Itu agak tidak adil Sofea."
"Apa yang adil di dalam dunia ni Dya.. Sekarang ni Allah membalas tunai setiap kesalahan yang hambanya lakukan. Buktinya seperti sekarang. Beberapa tahun lalu..Awak berada di atas, tapi sekarang rasanya roda sudah mula berpusing."
Sofea dan Dya masih lagi tenang walaupun hati mula bergelora hebat menahan rasa.
"Apa kesalahan yang saya telah lakukan sehingga hanya saya seorang yang patut menerima balasan. Jangan hanya kerana nasib yang lebih menyebelahi awak ketika ini awak menjadi riak Sofea. Awak mahu cinta awak? Cinta yang hanya muncul seperti bintang yang hanya menjelma di malam hari. Bila siang timbul, teranglah seluruh dunia Sofea. Tidak payah bersuluh-suluh lagi."
"Sedangkan malam pun boleh menjadi lebih gelap gelita kerana gerhana wahai Dya., Apatah lagi siang. Lagipun, selama beberapa tahun ni.. awak dah terjumpa siang?"
Sofea tersenyum manis bila melihat riak wajah Dya mula berubah.
"Dunia yang awak diami sekarang masih gelap kan?"
Tanya Sofea masih lagi dengan penuh berkias. Dya mula tersenyum kemudian membetulkan duduknya.
"Sampai masanya, malam akan bertukar siang cik Sofea."
Dya berdiri dari kerusinya. Malas mahu berkias lagi.
"Dan jangan terbang terlalu tinggi, kelak jatuh terkulai layu cik Sofea."
"Andai suratan sudah tertulis., kita berjalan pun boleh terjatuh Puan Dya."
Dya tersenyum sinis kemudian meninggalkan Sofea yang turut tersenyum.
~~~~~~~~~~~~~~~~
"Apa yang awak buat tengah hari tadi?"
Tanya Fahmi dengan wajah berangnya. Dya masih lagi berwajah tenang sambil tangannya melipat kain baju juga dengan penuh ketenangan. Fahmi menghempas badan ke sofa di hadapan Dya bila Dya masih lagi tidak menjawab persoalannya.
"Saya tanya ni.. Apa awak buat petang tadi hah perempuan!!!"
Fahmi sudah mula berang. Dya terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Fahmi. Terjungkit juga badannya kerana terkejut. Baru kali ini Fahmi mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kasar seperti itu.
"Dia bagitahu?"
Tanya Dya perlahan dengan memaksudkan 'Dia' sebagai Sofea. Fahmi menarik geram tali lehernya..
"Tak perlu dia bagitaulah! Dia bukan perempuan pengadu macam kau! Aku nampak kau dengan dia di restauran waktu lunch dengan Client! Apa yang kau cakap dengan dia sampaikan dia menangis teresak-esak."
![](https://img.wattpad.com/cover/2167045-288-k12835.jpg)
YOU ARE READING
Diari Isteriku, Cerita Cintanya
Roman d'amourCinta perlukan pengorbanan.. Pertahankanlah walaupun banyak halangan yang mendatang.. Jangan terlalu cepat menyerah.. Kerana kebahagiaan takkan datang bergolek..