Bab 5
Fahmi yang baru pulang dari pejabat meletakkan beg kerjanya di atas meja. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa yang empuk. Walaupun hanya duduk berkerja di dalam pejabat, Dia tetap juga berasa penat seperti baru berlari keliling padang permainan yang ada di kawasan perumahan mereka.
"Abang nak makan?" tanya Dya selepas melihat Fahmi terduduk di sofa sambil melonggarkan tali leher.
"Kejap lagilah.. Nak berehat dulu." Jawab Fahmi dengan mata yang sudah tertutup selepas meletakkan tali leher di atas meja.
Dya duduk di sisi Fahmi sambil mengambil tali leher di atas meja. Dia melipat tali leher tersebut sambil memandang Fahmi yang mengeluh kecil.
"Ada apa dengan tarikh 28 Mac?"Tanya Fahmi namun matanya masih lagi bertutup.
Dya mengerut dahi. Hairan kenapa suaminya bertanya sebegitu.
" Kenapa? Abang ada meeting dengan client ke?"
Tanya Dya was-was. Fahmi menggeleng perlahan.
"Takde apa-apalah."
Dia sempat membaca coretan isterinya itu. Diary kedua isterinya. Muka surat pertama sudah tertulis yang 28 Mac 2005 adalah tarikh penting dalam hidup isterinya. Langsung tiada coretan dari bulan Januari dan Februari. Terus sahaja ke bulan Mac. Mestilah menimbulkan tanda tanya kepada Fahmi.
"Dya..."
Dya yang baru mahu melangkah ke dapur menghentikan langkahnya bila Fahmi memanggil namanya.
"Besok kita makan kat luar. Abang dah buat tempahan tadi."
Walhal dia belum pun buat apa-apa tempahan restaurant. Entah kenapa mulut Fahmi laju saja berkata begitu. Ah!, bukan susah mahu membuat tempahan bagi Fahmi Dato Idris. Dia perasan juga yang selama dia menjadi suami Dya, dia jarang membawa isterinya itu jalan berdua. Bersusah sikit membuat tempahan tidak apalah.
Dya mengerut dahi.
"Besok 28 Mac."
"Ya..Kenapa? ada rancangan lain ke?"
Dya berfikir seketika. Kemudian dia menggeleng perlahan sambil tersenyum.
"Then, kalau takde rancangan, abang booking masa Dya sepanjang malam esok."
Kata Fahmi dengan senyuman.
Dya mengangguk dengan senyuman.
Fahmi terasa jantungnya seperti berdegup kencang bila melihat senyuman Dya itu. Ah! Kenapa dengan kau ni Fahmi.. Bisik hati Fahmi. Ya, dia terasa lain bila membaca coretan isterinya mengenai lelaki yang bernama Izhar itu. Mula-mula dia tidak endahkan perasaan itu. Tapi bila membaca coretan isterinya mengenai perkembangan hubungan Dya dan lelaki itu membuatkan hatinya terasa lain. Cemburu?. Tak mungkin. Bisik Fahmi lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Alunan gesekan biola diiringi dengan bunyi piano yang mengasyikkan di restaurant itu membuatkan Dya tersenyum. Bunyi piano seperti membangkitkan kenangan lalu.
Fahmi merenung saya wajah isterinya yang sedang asyik menonton persembahan piano itu sambil tersenyum lebar. Sesuatu yang jarang dia lihat bila hanya berdua di rumah mereka.
"Sukanya tengok orang tu main piano."
Kata Fahmi perlahan. Rasa geram juga bila isterinya lebih memberi perhatian kepada pemain piano itu berbanding dirinya. Dia terasa tercabar dan takut kalau isterinya itu terdetik untuk mengenang kisah lama apabila melihat persembahan piano tersebut. Coretan Dya yang sempat dia baca semasa di pejabat tadi menyesak dadanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Diari Isteriku, Cerita Cintanya
Roman d'amourCinta perlukan pengorbanan.. Pertahankanlah walaupun banyak halangan yang mendatang.. Jangan terlalu cepat menyerah.. Kerana kebahagiaan takkan datang bergolek..