3 - 4

1.1K 42 0
                                    


5 Februari 04

Hari ni baru saya tahu yang dia adalah senior saya.. sebab itulah saya jarang dapat jumpa dia.. even waktu orentasi pun saya tak terserempak dengan dia.. Rupanya....

"Eh... Izhar tu ambil kos apa ek?? Tak pernah pun terserempak dia kat mana-mana kelas.."

Tanya Elina selepas saja mereka mendapat tempat duduk di dalam cafe Kolej Angsana itu. Dya mengangkat wajahnya yang sedari tadi merenung buku apabila nama jejaka pujaan hatinya disebut. Dia juga tertanya-tanya seperti Elina. Tidak pernah pun mereka terserempak di mana-mana kelas.

"Memanglah.. Dia kan senior kita.."Jawab Farina sambil membuka balutan burgernya. Perut yang kosong merayu-rayu sedari tadi minta di isi.

"Ah?? Senior? Tak pernah tahu pun..Hari tu waktu minggu suai kenal tak nampak pun muka dia di kalangan senior.."

"Sebab dia tak berapa suka sangat bersosial ni.. Hidup dia tu cuma pergi kelas dan balik kelas je. Kalau tak kelas, dia banyak habiskan masa dalam bilik musik je.. " Farina memandang kedua-dua kawannya yang memasang telinga mendengar informasi mengenai jejaka idaman Kolej Angsana. 

 Info yang diberikan oleh Farina begitu menarik minat Dya. Patutlah dia hanya terserempak dengan Izhar apabila dia melalui kawasan bilik musik. Dan nama Mamat Pathway terus melekat pada Izhar disebabkan itu. 

"Seorang bakal jurutera yang ada soft spot untuk musik. Wah.." Elina mengipas muka seakan cuba mengawal keterujaan apabila mendengar jawapan Farina.

"Musik?" Ulang Dya tapi matanya masih merenung buku. Lagaknya seperti tidak begitu mengambil kisah tentang perbualan Farina dan Elina. Namun di dalam hati, dia melonjak gembira apabila mendengar Farina memuntahkan informasi mengenai lelaki yang mendiami hatinya tanpa membayar sebarang sewa. 

"Haah.. Dia suka main piano di bilik musik." Jawab Farina lagi. 

"Macam mana kau banyak tahu pasal Senior Izhar tu? Kau pun minat kat dia ek?" Sakat Elina.

"Hello!... Adakah anda sudah lupa fakta penting yang Farina Ingrid Abdul Razak adalah kekasih Sofian. Sofiankan roomate Izhar..Jadi aku korek-koreklah cerita untuk kawan kita yang sedang memasang telinga tapi berpura-pura baca buku C sharp yang tebal tu." Sindir Farina sambil memandang ke arah Dya yang masih menyembunyikan muka di sebalik buku tebal. 

Dya mengangkat wajah bila dirinya disindir. Dya menghadiahkan senyuman lebar buat temannya. Tidak sangka Farina sedar akan hal itu. Mungkin kerana Farina berulang kali ternampak dia mencuri pandang ke arah Izhar sewaktu kali pertama mereka berjalan bersama Sofian dan Izhar. 

"Uuu... rupanya dalam diam kau jadi saingan aku," kata Elina sambil menjongket kening ke arah Dya. "Tiba-tiba aku teringatlah... Dya, kau kan suka main piano.." Elina tersenyum penuh muslihat.

"So?" Dya mengangkat kening sebelah. 

"So? kau ada peluang untuk dekat dengan senior Izhar kalau kau join kelab musik," Elina menggeleng kepala. Takkan itupun dia nak ajar. 

"Tak macam pelik ke?" tanya Dya dengan tiba-tiba dengan muka penuh keraguan. 

"Apa yang pelik?" Elina mengerut kening. 

"Aku yang kejar dia.." kata Dya dengan nada perlahan. 

Elina dan Farina berpandangan sebentar bila mendengar bisikan Dya.

"Dya... Mungkin otak kau dah hang baca buku programming..Kau dengar baik-baik ya..Aku suruh kau ikut kelab muzik. Bukan suruh kau main kejar-kejar dengan Senior Izhar.."

Diari Isteriku, Cerita CintanyaWhere stories live. Discover now