EpilogFahmi POV
Aku tidak tahu kenapa aku boleh terlupa dengan begitu lama.. aku hampir kehilangan dia. Nadia Alisya. Sedikit demi sedikit ingatan yang hilang kembali kepada aku. Aku teringat ketika aku pertama kali aku memperkenalkan diri kepada secara formalnya kepada Dya. Izhar.. arwah papa selalu memanggil aku dengan nama itu. Singkatan dari Izkandhar. Fahmi Izkandhar. Aku mahu dia memanggil aku dengan nama itu. Pertama kali mendengar dia memanggil aku dengan nama Izhar, hati aku yang kecewa dengan pemergian Sofea kembali berbunga-bunga. Satu hari aku tersenyum sehingga Sofian hanya mampu mengeleng kepala melihat gelagat aku ketika itu.
"Diary ke ni?"
Dya berdiri di hadapan aku dengan wajah berkerut.Reaksi wajahnya melihat aku dengan pelik. Aku tersenyum lebar.
"Taklah.. makanan." Jawab aku dengan nada nakal. Dya menarik muncung kemudian duduk menyelit di atas pangkuan aku. Tangannya dilingkarkan pada leher aku dan kepalanya mendongak mahu melihat wajah aku. Rambutnya aku belai seketika.
"Macam mana abang boleh teringat?"
Sepanjang beberapa bulan kami kembali bersama, inilah kali pertama Dya berani bertanya soalan itu kepada aku. Mungkin dia takut untuk mendengar jawapan aku. Atau mungkin dia tidak mahu tahu pun apa yang berlaku. Mungkin yang penting adalah aku dan dia masih bersama.
"Masa Dya nak bersalin...."
Dya teragak-agak mahu menyambung pertanyaannya. Aku membelai kembali rambutnya. Sesekali kelihatan Farish bergerak-gerak di atas katilnya. Mujur anak mereka masih lena.
Dya masih merenung aku. Meminta penjelasan
"Dya ingat tak yang Dya pernah tulis diary?"
Air mukanya berubah sedikit. Mungkin terkejut. Kemudian dia mengangguk perlahan.
"Abang ada baca kan?"
Aku mengangguk perlahan.
"Dya terjumpa satu diary Dya di dalam bilik kerja abang. Dan Farina pernah cakap yang orang macam abang ni tak minat baca diary-diary macam tu. Penyibuk juga abang ni kan?"
Kata Dya dengan nada nakal.
Aku tertawa kecil.
"So,, sambung cerita abang.. kenapa dengan dairy Dya tu?"
Tanya Dya dengan nada seperti budak-budak minta dibacakan buku cerita. Aku hampir tergelak lagi. Wanita inilah yang hampir hilang dari hidup aku. Aku mengeratkan pelukan aku. Dya merehatkan kepala di dada aku tapi kami masih bertentang mata.
"Sepanjang membaca diary sayang.. satu je perasaan yang buat abang tak tenang dan rasa mahu marah setiap hari.. abang rasa cemburu sayang.. abang cemburu dengan cinta yang sayang dan Izhar ada. Di dalam fikiran abang, Izhar seorang lelaki yang sungguh bertuah kerana mendapat cinta sayang walaupun dia dah tiada."
Dya merenung aku dengan pandangan berkerut.
"Izhar tukan abang?"
Aku tertawa lagi.
"Tapi tiada sesiapa pun yang nak bagitau abang perkara sebenarkan. Sampaikan abang buat conclusion sendiri yang Izhar tu kekasih sayang yang dah meninggal dunia."
![](https://img.wattpad.com/cover/2167045-288-k12835.jpg)
YOU ARE READING
Diari Isteriku, Cerita Cintanya
عاطفيةCinta perlukan pengorbanan.. Pertahankanlah walaupun banyak halangan yang mendatang.. Jangan terlalu cepat menyerah.. Kerana kebahagiaan takkan datang bergolek..