-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-
Aku berlari sekuat hati. Kaki yang terasa seperti dicucuk kerana tidak berkasut aku hiraukan. Yang aku tahu sekarang ini,aku perlu lari. Lari dari neraka yang dicipta oleh manusia bertopeng.
Entah kemana kakiku berlari,aku tidak kisah. Yang penting aku mahu ke tempat yang penuh dengan cahaya dan manusia.
Aku perlu minta bantuan. Tapi,wujudkah manusia yang ingin membantu insan sepertiku? Aku sendiri tidak tahu.
Sedang kaki kencang berlari,sebuah kereta melintas di hadapanku. Nasib sahaja kaki sempat menahan brek.
Nafas yang hilang tadi,cuba untuk ku stabilkan kembali. Aku nampak kereta itu turut berhenti. Mungkin terkejut.
"Woi jangan lari!!" jeritan itu membuatkan aku kembali berlari. Aku menoleh semula ke arah kereta tadi.
Aku tidak pasti dia siapa kerana tingkapnya yang gelap dan juga pembatasan penglihatanku di waktu malam.
Kakiku yang tersepak batu mula hilang keseimbangan sebelum aku jatuh terduduk di atas tar jalan itu.
Aku mendesis kecil apabila tanganku bergeser dengan tar jalan. Pedih.
Dua orang lelaki yang mengejarku tadi semakin mendekat. Aku cuba bangun tapi kakiku tidak mahu mendengar kata.
Aku mengetuk kakiku beberapa kali. Mungkin kerana kudrat yang sudah semakin hilang,aku tidak mampu untuk berdiri lagi.
"Mana kau nak lari huh?" seorang lelaki mencengkam tudungku kuat sehingga aku terdongak memandang wajah bengisnya.
"Lepaslah,bodoh!"aku meronta-ronta untuk dilepaskan. Malangnya cengkaman pada tudungku semakin kuat.
Seorang lagi lelaki duduk bertinggung di hadapanku. Daguku dicengkam kuat.
"Kau ni memang menyusahkan,kau tahu tak? Kalau bukan sebab bapak kau tu boss aku,dah lama aku bunuh kau!" tekanan pada daguku semakin kuat sehingga aku rasa macam tulang pipiku boleh retak.
Dengan tenaga yang masih berbaki,aku mencuba untuk menendangnya. Tetapi,tangannya lebih laju menangkap kakiku. Aku dengar dia ketawa mengejek.
"Heret dia masuk kereta"arah lelaki di depanku ini sambil mula bangun.
Baru sahaja badanku dipaksa bangun,ada seseorang datang menegur.
"Bro,kalau perempuan cakap tanak,jangan la kacau dia. Tak gentleman tahu tak?" Suara yang cukup garau dan dalam. Haruman Hugo Boss itu menusuk masuk ke dalam hidung.
Aku mengangkat muka untuk memandang pemilik suara itu. Mata Emereld itu sedia menyambut panahan mata aku.
Entah mengapa tulang rusukku bergetar. Bukan sebab gedik kena panahan cinta padang pertama ke apa. Tapi sebab aura bahaya yang ada disekelilingnya.
"Kau ni siapa? Kau takde kena mengena la dalam hal kitorang. Berambus!!" ringan betul mulut orang di hadapanku ini menengking.
Dia telan mic ke wkatu kecil dulu? Nasib lorong ni tak banyak orang.
Lelaki bermata emereld itu hanya tenang. Aku dengar dia mengeluh.
"Aku taknak la guna kekerasan dengan orang yang aku tak kenal. Aku malas nak dengar kakak aku membebel lagi dah. Tapi orang macam kau ni...."
Lelaki itu mula menapak ke arah aku. Atau lagi tepat ke arah kami.
Satu tumbukan hinggap pada pipi lelaki yang mencengkam daguku tadi. Lelaki itu terduduk. Belum sempat lelaki itu bangun untuk menyerang balas,perutnya terlebih dahulu dipijak.
Lelaki yang mencengkam tudungku itu terus melepaskan cengkamannya dan meluru ke arah lelaki mata emereld itu.
Tapi nasibnya tidak begitu baik,kerana dia juga berakhir dalam keadaan yang sama seperti rakannya.
Erk...Dia ni monster ke apa? Kuat betul.
Setapak dia mendekat denganku,setapak juga aku melangkah ke belakang sehingga tubuhku berlaga dengan dinding.
Aku nampak dia buka mulut,malangnya belum sempat satu patah perkataan keluar dari mulutnya,dunia ku terlebih dahulu menjadi gelap.
Dan siapa sangka? Kerana kejadian malam ini. Hidup seorang Eleeya Farhana akan berubah 360 darjah.
YOU ARE READING
ELEEYA : HIS TRUE LOVE
RomanceDangerous and cold. Itu yang orang nampak pada dirinya. Seorang lelaki dingin yang tak berperasaan. Kehadiran seorang gadis bernama Eleeya Farhana mengubah hidup Gabriel Adrien. Banyak perkara berlaku setelah kemunculan gadis itu. "Ibu nak Gab baw...