-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-
[Gabriel's POV]
Aku betulkan sedikit jaket kulit yang tersarung ditubuhku sebelum kaki mula menapak ke arah katil.Wajah Eleeya yang masih dibuai mimpi indah itu kupandangkan sekilas.
Wajah tenang inilah yang selalu menjadi kekuatan untukku.
Aku duduk melutut di tepi katil. Tangan naik membetulkan duvet yang membaluti tubuhnya.
"Aku minta maaf sebab tipu kau sweetie. Aku janji aku akan settlekan benda ni secepat mungkin dan balik pada kau.
Aku janji lepas semua benda ni tamat,takde sesiapa lagi yang boleh kacau kebahagiaan kita" getus hatiku.
[Flashback]
Aku,waiz dan jimmy baru sahaja melangkah masuk ke dalam bangunan THE SPADE selepas habis lunch.Pintu bilikku dikuak sebelum aku menghilang disebalik pintu bersama waiz.
Tidak sampai beberapa saat jimmy pula melangkah masuk bersama sesuatu ditangan.
"Bro,for you" jimmy meletakkan sebuah sampul surat bersaiz a4 didepanku bersama sekuntum mawar putih.
Entah mengapa aku tidak sedap hati melihat apa yang berada di depanku.
Tapi tetap juga aku gagahkan tangan untuk membuka sampul itu.
Terasa bagai jantung direntap apabila melihat isi kandungan sampul surat itu.
Terdapat beberapa keping gambar Eleeya di dalamnya yang diambil secara senyap-senyap.
Bagaimana? Bagaimana orang itu tahu kewujudan Eleeya sedangkan aku sudah menyorokkannya seketat mungkin?
Tiba-tiba otakku teringat satu situasi yang pernsh terjadi suatu ketika dulu. Dahi ditepuk kuat apabila mengingatinya.
Tolak tepi kejap pasal benda tu. Aku pandang semula sampul tersebut sebelum kening dikerutkan.
Apa yang lebih menarik perhatianku sekarang ialah sekeping kertas a4 yang mempunyai tulisan berwarna merah. Kertas itu dicapai.
"DIE"
-K-Kertas itu dibawa ke hidung. Tepat jangkaanku,perkataan itu ditulis menggunakan darah yang masih segar.
Aku memerhati waiz dan jimmy yang juga memandangku.
"Main kasar bodoh jantan ni"
"Aku faham dia dah jumpa kelemahan kau. But what's the meaning of white rose?"
"Pure?" aku menggeleng mendengar jawapan jimmy.
"White rose. Symbolic untuk perpisahan" mengeras tubuh 2 orang lelaki dihadapanku itu.
Tiba-tiba Iphone di dalam poketku berbunyi. Membulat mataku mendengar bahawa ada orang yang memgekori Eleeya di dalam mall.
Berita yang disampaikan oleh anak buahku itu cukup membuat aku tidak senang duduk.
Laju sahaja tangan mencapai kunci kereta sebelum kaki berlari keluar.
Aku harus segera tiba di mall itu sebelum sesuatu yang buruk terjadi pada Eleeya.
Waiz dan jimmy memandangku pelik tetapi tetap juga diikutiku dari belakang.
[End of Flashback]
Bibirku didaratkan pada dahi licin miliknya.
"Sweetie" panggilku.
Eleeya menggumam perlahan sebelum mencelikkan matanya memandangku.
Aku tersenyum kecil.
Bangun tidur pun comel,lahai....
"Aku nak gerak dah ni" mata bundar itu berkelip-kelip memandangku.
Astaga,tahan Gabriel tahan.
Eleeya menegakkan posisi duduknya sebelum mendepakan tangan. Aku terus masuk ke dalam pelukannya.
"Takecare love. Saya tunggu awak balik" pipi kananku dikucup lembut.
Eh budak kecik ni,mamai pun boleh sweet lagi eh?
"Jaga diri kau sweetie. Aku janji aku pergi tak lama"
Dahinya aku kucup lama. Aku rasa berat hati nak pergi,tapi aku taknak benda ni berpanjangan. Aku mahu selesaikan semuanya secepat mungkin.
"Aku pergi dulu" Eleeya melepaskan pelukannya di leherku dan aku melangkah keluar dari bilik tidur kami.
-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-
Ngauman Ferrariku kedengaran sangat bingit di hadapan sebuah bangsal lama ini.
3 jam aku memandu hanya untuk ke tempat ini.
Ni yang dia panggil markas? Takde class langsung.
Aku melangkah masuk dengan muka tiada perasaan. Mata-mata yang memandangku aku hiraukan.
Sebuah pintu bilik yang berada di tingkat 2 aku tendang kuat.
Seorang lelaki sedang memandang sinis ke arahku.
"I'm here. So shall we settle this?"
[End of Gabriel's POV]
-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-
Cakk,ada bau2 nak ending dah tak?
Btw,start minggu depan inshaallah i akan start update 1/2 chap sehari macam dulu balik
Don't forget to vote and support❤️
Enjoy your reading❤️
YOU ARE READING
ELEEYA : HIS TRUE LOVE
RomanceDangerous and cold. Itu yang orang nampak pada dirinya. Seorang lelaki dingin yang tak berperasaan. Kehadiran seorang gadis bernama Eleeya Farhana mengubah hidup Gabriel Adrien. Banyak perkara berlaku setelah kemunculan gadis itu. "Ibu nak Gab baw...