E.H.T.L | bab 12

7.9K 412 4
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Sebulan. Sudah sebulan lebih aku mengenali insan bernama Gabriel Adrien.

Perangai dia,jadual dia,habit dia,semua aku dah hafal. Sekarang ni aku dah kamching dengan waiz and jimmy.

Dengan jay pun kamching jugak tapi jarang jumpa sebaab jay kerja company lain.

"Hoi,termenung apa?" iman menolak bahuku dengan pen.

"Ingat mr hot guy la tu" haa mula dah otak bijak dia.

Iman sudah bertemu dengan Gabriel. Macam mana boleh jumpa? Sebab haritu waktu iman tidur rumah aku,Gabriel datang rumah dengan jimmy cari makanan.

Jadi,aku pun kenalkanlah diorang dekat si iman ni.

"Eleeya Farhana,kau dengar tak aku membebel ni?"

"Ye dah la tu. Tadi cakap nak pergi mcd"

Aku nampak iman senyum sampai ke telinga. Suka la tu aku nak belanja dia. Diri diboloskan masuk ke dalam axia comelku. Sebelum bergerak ke mcd berdekatan.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

"Aku order,kau pergi la cari tempat nak duduk" aku hanya mengangguk sebelum naik ke tingkas atas.

Meja yang paling hujung di tepi tingkap dan sedikit tersorok menjadi pilihan. Biar ada privacy sikit.

Kerusi ditarik. Iphone di dalam tote bag dikeluarkan. Aplikasi twitter dibuka. Buat hilang bosan sementara tunggu iman.

"Eleeya,is that you?" badanku mengeras. Aku kenal suara ini. Suara yang aku benci.

"Naufal..." sebutku perlahan. Mata tidak lepas memandang tajam ke arah lelaki di hadapanku sekarang ini.

"El,i rindu you"

"Rindu my ass! Pergi mati dengan rindu kau" nadaku masih tenang.

"El,i know i salah,i tak patut tinggalkan you. I menyesal. Please give me another chance" mukanya berubah mendung.

Aku tersenyum senget. Pipi dikembungkan.

"Kau tak malu eh,Naufal? Kau yang tinggal aku,siap caci-maki aku lagi. Tiba-tiba sekarang datang,cakap nak dekat aku balik. Kau nak jilat ludah kau balik ke? Buang masa je. Apa yang kau ludah tu dah kering,takde tinggal bekas dah pun. Jangan jadi pengemis dekat sini"

Tote bag ku dicapai sebelum membuka langkah.

"Weyh,nak pergi mana ni?" iman yang baru sahaja ingin ke atas memandangku pelik.

"Kemas. Makan dekat rumah aku je. Panas duduk sini lama-lama" kita sepatutnya berterima kasih kepada Naufal sebab dah buat mood aku terbang jauh.

Iman hanya menurut walaupun dia tengah blur.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

[Flashback]
"Aku nak clash dengan kau"

Aku memandang tepat ke arah wajah Naufal. Mencari kebenaran dalam kata-katanya. Manatahu dia bergurau kan?

Namun hampa. Reaksinya tetap sama. Seperti sudah memikirkan semua ini masak-masak.

"Ke-kenapa?"soalku terketar-ketar.

"Kenapa kau tanya?" aku nampak dia senyum senget.

"Aku taknak ada girlfriend anak yatim. Buat malu je. Lagipun aku dah jumpa orang yang 10 kali ganda lagi perfect dari segala sudut berbanding kau. So yah,sampai sini je la"

Aku menggengam erat tanganku dibawah meja. Aku memandang tepat ke arah Naufal.

"Okay. Kalau itu yang awak nak. Dengan rela hati saya tunaikan. Terima kasih untuk segala-galanya" dengan senyuman paling manis,aku melangkah pergi meninggalkan Naufal seorang diri di cafe.

Air mata yang aku tahan dari tadi akhirnya jatuh. Aku sudah tidak peduli dengan pandangan orang yang lalu-lalang.

Yang aku tahu hati aku sakit. Walaupun aku hanya bersama dengan Naufal untuk satu tahun,perasaan sakit itu tetap hadir.

Benar kata orang,jangan berharap terlalu tinggi dengan seseorang. Nanti kalau jatuh, sakitnya amat pedih untuk ditahan. Lukanya amat dalam, dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Dan,itulah apa yang aku rasa sekarang. Disebabkan lelaki bernama Naufal itulah,aku tidak punya perasaan untuk percaya pada cinta lagi.

[End of flashback]

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now