-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-
"El..."
"Eleeya"
"Eleeya Farhana" petikan jari dari Gabriel menyedarkan aku dari dunia khayalan,dunia impian sebentar tadi.Aku memandang ke arahnya dengan muka bosan.
"Kau ni kenapa monyok semacam? Aku panggil pun tak dengar. Nasib je tak langgar orang. Kau mogok dengan aku,sebab aku ajak kau jogging ke?" Gabriel mengerutkan dahinya.
Ye,sekarang ini,dipagi hari yang terlebih indah ni. Seketul Gabriel Adrien telah mengheret seketul Eleeya Farhana untuk keluar jogging.
Dia datang ketuk pintu kondo aku lepas subuh tadi. Rasa macam nak je headshot kepala dia tu. Baru nak tido sebab class cancel. Terus terbantut.
Aku menggeleng pkan kepala. Hujung jaketnya aku tarik untuk duduk bersamaku di sebuah bangku berdepan dengan tasik.
"Gab,awak pernah bercinta tak?" aku mengalihkan badanku memandang dirinya.
Dia menggeleng. Like seriously? Orang handsome macam dia ni tak bercinta? Standart dia tinggi sangat ke? Ke dia gay?
"Aku straight. Otak jangan kuning sangat please" Gabriel menjentik dahiku.
Aku membuat pout face. Tahu-tahu je apa yang ada dalam otak aku ni.
Tapi memang betul. Selama aku kenal dengan Gabriel,tak pernah sekalipun dia keluar dengan perempuan. Bukan setakat keluar,bercakap dengan perempuan lain pun aku rasa susah,kecuali melibatkan kerja.
Tapi dengan aku,ringan pulak mulut dia? Erk,maybe sebab tiap-tiap hari dia hadap muka aku kot. Takpe kita hudsnuzon.
"Asal kau tanya pasal bercinta tiba-tiba? Kau suka someone ke? Ke kau suka aku?" Gabriel mengangkat-ngankatkan keningnya.
Perasan mat mamat ni. Tapi kalau jatuh cinta dengan dia apa salahnya kan? Dia tu mr. perfect 10.
Aku menjuihkan bibir. Berkira-kira untuk menceritakan hal yang sebenar. Tapi,dah alang bercakap ni kan,apa kata kita sambung je. Dan bermulalah al-kisah seorang Eleeya.
"So,kau dah tak suka dia la?" aku angguk.
"Bagus la,orang macamtu tak layak pun dengan kau" aku menjongketkan kening.
"Dah tu,sia-"
Percakapanku terhenti apabila Gabriel menjawab panggilan telefon. Aku hanya memerhati. Tiba-tiba mukanya berubah serious.
-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-
Ferarri 485 milik Gabriel berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah kosong. Kami hanya diam sepanjang perjalanan ke sini.
Aku juga turut keluar,apabila melihat Gabriel keluar dari perut kereta. Beberapa minit berlalu,aku nampak sebuah Audi R8 menghampiri ke arah kami.
Gabriel sudah menegakkan badannya yang tadi bersandar pada kereta. Tangan masih berada di salam poket. Ergh,handsome!
Aku nampak seorang lelaki dan seorang perempuan keluar dari kereta itu. Aku terpana melihat wanita itu.
Cantik. Sangat cantik. Rambut ikal mayang berwarna hitam,kulit yang putih bak salju dengan mata berwarna grey. Tingginya persis seorang model.
Aku nampak Gabriel mendekati mereka. Angguk-angguk,geleng-geleng,kejap berkerut. Aku tak tahu apa yang mereka bertiga bualkan kerana aku masih setia berdiri di tepi kereta. Agak jauh dari mereka.
Selepas itu,aku nampak wanita tadi berjalan ke arahku bersama Gabriel. Audi R8 tadi pula sudah berlalu pergi.
"Jom" ajak Gabriel. Kami bertiga melangkah masuk ke dalam rumah itu menggunakan kunci di tangan Gabriel.
-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-
YOU ARE READING
ELEEYA : HIS TRUE LOVE
RomanceDangerous and cold. Itu yang orang nampak pada dirinya. Seorang lelaki dingin yang tak berperasaan. Kehadiran seorang gadis bernama Eleeya Farhana mengubah hidup Gabriel Adrien. Banyak perkara berlaku setelah kemunculan gadis itu. "Ibu nak Gab baw...