E.H.T.L | bab 31

7.8K 411 3
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Aku hanya memerhatikan Gabriel yang sedang memasukkan barangku ke dalam beg sadang. Harini aku dah boleh discharge. Finally,after nak dekat seminggu aku kena kurung.

Sebenarnya aku dah lama sihat,tapi Gabriel tu poyo lebih suruh aku duduk sini lama-lama.

"Sweetie,before balik rumah aku nak bawa kau pergi satu tempat" aku hanya mengangguk.

Kalau aku cakap taknak pun,tetap dia bawa juga. Maklumlah bak kata Gabriel 'kau ke aku yang drive kereta?'

So,sebagai isteri yang baik,kita kena la ikut husband. Walaupun kadang dia ajak buat benda gila.

Aku menyarungkan jaket kulit berwarna hitam milik Gabriel bersama dengan baju turtle neck dan shawl berwarna hitam.

Dengan berhati-hati aku turun dari katil dan memakai converse high cut berwarna hitam sebelum berjalan keluar dari ward itu bersama Gabriel.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Ferrari 485 Gabriel berhenti di depan sebuah mansion besar yang terletak sedikit ke dalam hutan. Mansion yang bertemakan warna hitam aku pandang. Nampak seram.

Gabriel menggenggam tanganku sebelum melangkah masuk. Setiap manusia yang bertemu dengan kami pasti akan menunduk kepala tanda hormat. Well,the perks of being Gabriel Adrien.

Gabriel membuka sebuah pintu yang aku rasa berhubung dengan bawah tanah.

"Careful. Tangga ni curam sikit" katanya sambil menghulurkan tangan kepadaku. Nasib pakai flat shoes. Kalau pakai heels ni,aku rela turun tangga kaki ayam.

Kalau kat atas tadi dah cantik gila bab*,dekat bawah ni luas nak mampus. Aku mengikut gabriel ke memasuki satu lorong sebelum tiba di depan sebuah pintu besi. Nampak macam bilik kebal.

Pintu dikuak dari luar dan aku nampak beberapa orang anak buah gabriel berada di dalam. Tidak dilupakan waiz dan jimmy yang sedang duduk bersila sambil makan popcorn dengan ipad yang sedang menayangkan movie i want to eat your pancreas.

Aku nampak jimmy sudah bersedia dengan kotak tisu disebelah. Tisu itu amatlah diperlukan bagi minit-minit terakhir movie. Aku taknak la spoil tapi movie tu tentang 'right person,not enough time' gitchewwww.

Apa yang lagi mengejutkan aku ialah bila aku terpandang sekujur tubuh yang diikat di atas kerusi. Tubuh itu lunyai dibelasah.

"Yakob" sebutku perlahan.

Gabriel memetikan jarinya. Seorang dari anak buah gabriel berjalan ke arah yakob. Rambut yakob dicengkam kuat lalu didongakkan untuk memandang aku dan gabriel di hadapannya.

"Speak" arah gabriel sepatah.

Diam. Yakob tidak membuka mulutnya. Gabriel sudah mengeluh. Gabriel memberi isyarat kepada anak buahnya sebelum perut yakob ditumbuk kuat.

Yakob terus terbatuk-batuk selepas menerima tumbukan tersebut.

"A-aku yang bunuh ayah kandung kau"

Terasa bagai hatiku dihempap dengan sesuatu. Badanku mengeras. Mulutku terkunci.

Tiba-tiba yakob gelak besar persis seperti orang kurang siuman.

"Hahaha,ye aku bunuh ayah kandung kau. Kau nak tahu sebab apa? Sebab ayah kau tu bodoh! Dia kacau rancangan aku! Sepatutnya aku yang kahwin dengan mak kau dari awal! Tapi tiba-tiba ayah kau datang curi mak kau dari aku! Kalau ayah kau takde,dah lama aku jadi kaya. Nasib aku bijak. Aku bunuh ayah kau. Dapatkan mak kau dengan harta dia. Oh kau nak tahu tak? Aku sendiri yang bunuh mak kau! Aku yang racun dia waktu dia dekat hospital dulu! HAHAHAHAHAHA. Mak kau bodoh sebab percaya aku. SEPATUTNYA KAU PUN IKUT JEJAK MAK AYAH KAU TU! MAMPUS SEKALI!" tengkingnya kuat.

Mukaku memerah. Penumbuk dikepal. Beretta 92 yang elok berada di belakang pinggang gabriel aku tarik keluar sebelum...

Bang!

Bergema bunyi tembakan di dalam bilik itu. Semua terdiam melihat aku melepaskan tembakan betul-betul di tepi kepala yakob. Tembakan itu tepat mengenai dinding.

Waiz dan jimmy yang sedang bersendu di tepi bucu bilik turut terkejut sehingga popcorn di dalam balang tadi sudah bercium dengan lantai.

"Aku bukan terlepas sasaran. Aku sengaja tembak dinding tu sebab aku rasa buang masa nak cabut nyawa manusia bertopengkan syaitan macam kau" kataku dingin.

Aku meletakkan kembali pistol itu di dalam tangan gabriel yang masih kaku. Pipinya aku kucup lembut bagi menyedarkannya semula.

"Do whatever you want with him. I don't fucking care" kataku lalu berjalan keluar dari bilik itu.

"Jimmy,main la dengan toys kau puas-puas" gabriel mengikut langkahku dari belakang.

Aku nampak wajah jimmy sudah bersinar-sinar kerana sudah dapat green light untuk bermain dengan 'permainan' barunya.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now