E.H.T.L | bab 19

7.5K 437 17
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Aku menilik diriku di dalam cermin besar. Dress labuh berwarna blue black itu tersarung cantik ditubuhku dipadankan dengan shawl yang senada.

Mesej dari Gabriel yang terpapar pada screen Iphoneku itu dipandang, Cepat-cepat tas tangan berjenama Carlorino itu diambil sebelum pintu rumah dikunci.

Sesampainya di lobby,aku melihat Gabriel yang segak dengan tuxedo yang setema denganku berdiri di sebelah ferrari kesayangannya. Handsome seperti selalu.

"Lambat la kau ni sweetie. Masuk cepat" pintu tempat duduk disebelah pemandu dibuka.

Oh,untuk pengetahuan korang,malamni aku kena ikut Gabriel pergi dinner event. Dan yang paling mengejutkan ialah,ini kali pertama Gabriel akan membawa plus one bersamanya.

I is rasa terharu ye bila dapat tahu. Macam mana tahu? Of course la anak-anak syurga yang bernama waiz dan jimmy yang memberi laporan.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Hall yang semakin penuh dengan manusia itu aku pandang. Boleh kira semuanya adalah orang-orang berada dan berpengaruh di negara ini.

Gabriel hanya diam sambil jari menekan-nekan Iphone miliknya.

"Lama lagi ke nak start ni? Aku capek dah ni" jimmy mula bersuara.

"Kau sabar boleh tak? Asal la kesabaran kau ni senipis kulit bawang sangat. Ni mesti kes tak cukup iman" waiz mula menanggalkan airpod yang dipakainya tadi.

"Hek eleh. Kau cakap macam kau punya iman tu sama level macam pak imam masjid dekat dengan rumah aku" jimmy mencebik tidak puas hati.

"Yang kebun-kebun je la korang ni" tegur satu suara. Ha,selalu dengar yang kuban-kuban je kan? Hari ni dengar yang kebun-kebun pulak.

"Jay!!" jerit dua anak syurga itu serentak.

"Bila balik?"

"Bila sampai?"

Soal mereka dengan wajah teruja. Jay memandang sekeliling. Ada beberapa orang yang memandang ke arah meja mereka.

"Korang ni diam sikit boleh tak? Buat malu dekat orang je. Aku campak keluar hall kang baru tahu" Jay mengambil tempat di sebelah Gabriel.

"Kau balik sorang ke?" Gabriel yang dari tadi diam akhirnya membuka mulut.

Jay mengangguk. Sekarang,jay sudah berpindah ke Italy. Katanya,syarikat miliknya disana perlu dipantau buat sementara waktu.

Tiba-tiba lampu di dalam dewan dimalapkan dan acara pun bermula.

Dah nama pun majlis koprat,mestilah ada muqadimah dan segala jenis ucapan. Dan apa yang aku tahu,benda macamni amatlah bosan.

Aku nampak waiz dan jimmy masing-masing sudah memakai airpod dan bermain game.

Aku mencuit bahu Gabriel yang sedang tekun mendengar ucapan. Gabriel menunudukkan sedikit badannya kepadaku.

"Nak anggur tu boleh tak?"bisikku sambil bibir dijuihkan ke arah sebuah pinggan yang diisi buah anggur.

Gabriel menarik pinggan itu ke arahnya sebelum sebiji buah anggur dimasukkan ke dalam mulutku.

Aku tidak membantah,malah lagi suka adalah. Tunang suap kut.

Korang ada? Korang mana ada.

[Gabriel's POV]
Wanita disebelahku kini leka menatap Iphone miliknya. Aku nampak dia tengah kusyuk scroll time line twitter.

Icon camera ditekan. Aku mengambil beberapa keping fotonya dalam diam. Nasib dia tak perasan.

Gambar itu aku edit supaya tidak menampakkan mukanya. Aplikasi Instagram dibuka. Butang new post ditekan sebelum gambar tadi dipilih.

'She'll be the most beautiful person in my every single POV. Introducing, Mrs. Gabriel to be'

Posted. Iphone ku kembali diletakkan di atas meja. Tidak sampai beberapa saat screen yang terpadam itu kembali bernyala dan dipenuhi oleh notification instagram. Nasib sahaja Iphoneku dalam keadaan silent.

Perasaan malas menyelubungi diri. Jadi aku biarkan sahaja Iphoneku begitu. Nanti balik la aku check.

[End of Gabriel's POV]

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now