ABQ 'AQRAB 1 ✨

2.1K 186 7
                                    

"Assalamualaikum Ya Ukhti's" kata Ashkira Meliana Ashé. Dia memasuki rumah. Ashkira mencari kelibat kawan-kawannya tetapi batang hidung pun tak nampak.

"Astaghfirullah, manalah hamba-hamba Allah ni. Salam aku pun tak jawab." Ashkira bercakap dengan diri dia sendiri. Dia pergi ke dapur untuk melihat dua orang kawannya sedang sibuk memasak. Mulalah idea nakal terpeca didalam otaknya 'HEHEHEHEHE'.

"Ada orang masuk minang kau" Dia menjerit membuatkan kawan-kawannya dia terkejut. "HAHAHAHAHA" tergelak sakan Ashkira melihat reaksi muka dua orang itu. Nanael Evsila Claudia paling tak boleh bla hampir terpelanting senduk dekat tangan dia. Nanael ketuk kepala Ashkira dengan tangannya yang masih bersih. "Lailahaillallah Kira, kalau jatuh periuk ni tadi, kau masak baru" jelingan tajam diberikan olehnya. Ashkira hanya gelak besar lagi, dia memandang kawannya lagi seorang Amaris Seyla Damiera. Gadis itu seorang yang pendiam tapi bila datang mood gila dia mengalahkan kegilaan Ashkira dan Nanael.

Amaris sedar akan dirinya ditenung melihat Ashkira dengan kening dia terangkat. "Asal pandang-pandang ada hutang ke?" Amaris tanya kepada Ashkira. Ashkira hanya membuat muka toya kepada Amaris. "Haah, kau janji dengan aku nak belanja aku dengan Nananel cendol, ha mananya cendol kami tu Ris?" Ashkira mengangkat keningnya pula. "Ukhti kita ada keluar ke sekarang and satu lagi bukan kau jer tanya, minah seekor ni pun dah claim dekat aku dari minggu lepas lagi dasar nggak ada iman" dia menjeling Nanael yang hanya tersenyum sumbing.

Mereka bertiga adalah kawan karib atau numerously known words BFF bak yang sudah kenal sangat dari sekolah menengah hinggalah sekarang. Semua rahsia antara mereka, meraka tahu. Tiga orang itu sentiasa ada bersama-sama sewaktu susah mahupun senang. Sama umur, sama perangai, sama taste ha semua sama ya. Ashkira kiranya paling tua disitu kerana dilahir beberapa bulan awal manakala Nanael paling muda.

Nanael selalu dibuli manja oleh Ashkira dan Amaris kerana ketinggian dia yang comel, ha sape suruh comel sangat dengan badan gebunya. Amaris yang tengah, mempunyai rupa paras yang matured dengan tinggi yang sederhana senang cerita tinggi sikit dari Nanael, dia selalu memberi nasihat kepada BFFnya.

Ashkira yang tua pula menjadi pelindung mereka kerana ketinggianya yang seperti tiang lampu jalan raya dan keganasan dia. In Syaa Allah dengan izinnya persahabatan mereka akan kekal sehingga lah ajal yang pisahkan mereka sesungguhnya mereka bertiga begitu rapat seperti adik beradik.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

Assalamualaikum, maafkan author jika hambar dan pendek, disebabkan baru first chap so I make it easy first.Next will be a little longer okay ❤️
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🦋

Abq 'Aqrab (Stay Closer) ✅ Re-pubWhere stories live. Discover now