・❥・
Dua bulan sudah berlalu,Ashkira,Nanael dan Amaris sudah discharge dari hospital tiga minggu yang lalu.Kini Ashkira yang sudah bergelar seorang mummy kepada baby Iris itu sedang menidurkan bayi itu.
"Tak nak tidur ke Iris? Dari pagi,segar jer mata tu....tidur la sayang" pujuk Ashkira lembut.Dia medodoikan bayi itu dengan berselawat.Kian tidak sampai sepuluh minit,Iris sudah terbang ke alam mimpi.
Ashkira melepaskan sebuah keluhan yang kecil.Penat.....bukan penat kerana menjaga Iris kerana bayi itu tidak mempunyai banyak ragam,tetapi penat kerana menguruskan hal kerja serta hal majils nikahnya.
Dia meletakkan Iris didalam baby court,kemudian dia menurun kebawah untuk melihat keluarganya sudah seperti flash kesana kesini.
"Babyyyyyyyy,baju kamu mana?" laung mama Ashkira kuat.Naufal dengan segera membawa baju melayunya kehadapan mama mereka.
"Wahai Puan,baju saya sudah lengkap sepenuhnya dengan set di iron,Puan" kata Naufal seperti askar diikuti gaya tabik hormat.
"Bagus anak muda" Mama mereka hanya mengikut kerenah anak-anaknya.Tangan ditepuk.
Dhiyah bersama sebuah bag luggage berlari untuk mendapatkan abah mereka.
"Babahhhhh luggage ni, kang tinggal naya pak karim"
Ashkira hanya mampu tergelak kecil melihat aksi-aksi keluarganya itu.Dia yang nak nikah,mereka yang gelabah.
.
.
.
.
.
.
.
Airil dan Azhan tersenyum jahat kearah Adhan.Mereka berdua dengan perlahan mendekati lelaki itu.Mereka bertiga kini berada di dalam bilik guaman Adhan.
"Ril kau rasa kan,kalau dua orang peguam bergaduh dalam satu rumah.Macam mana dorang gaduh ek?" mata Azhan melirik kearah Adhan.
"Aku rasa,kalau bab undang-undang,akta semua ni dorang bedal.Kemungkinan suku boleh masuk mahkamah" dengan nada yang saja dikuatkan,Airil menjawab persoalan Azhan itu.
Adhan yang hanya menajadi pendengar perli mereka itu,hanya mampu bersabar.Nak maki tapi berdosa,rasa nak maki tapi berdosa.
"Bapak peguam,mak peguam.Anak nanti? Hakim ke?" Azhan bertanya sambil menahan dagunya dengan tangannya.
"Nama anak aku Iris,bukan Hakim" Adhan mula bersuara,tangan masih lincah menaip di laptop miliknya.
"Lah kau,tak elok menyampuk orang tua bercakap" Azhan menjeling kearah abang kembarnya.
"Aku lagi tua dari kau" jawab Adhan dengan nada yang masih tenang.
"Kau lagi tua,tapi aku kahwin dulu wahahahaha"
Airil dan Azhan tertawa kuat apabila melihat raut wajah Adhan berubah.
Adhan hanya tersenyum sinis mendengar itu.Dia memandang Airil dan Azhan sambil tersenyum.
"Memang kau kahwin dulu.Tapi.......aku dah ada anak.Korang ada? Tak ada...hmmm melah" selepas menuturkan ayat itu,Adhan mengambil kot bajunya dan menapak keluar dari bilik itu.
Tawa adik kembarnya dan kawan baiknya itu terhenti.
"Ini lelaki banyak biadap"
"Pengen ku bunuh dia"
YOU ARE READING
Abq 'Aqrab (Stay Closer) ✅ Re-pub
RomanceTiga sahabat karib yang sentiasa bersama dari sekolah menengah hingga lah ke alam dewasa.Mereka sudah seperti adik beradik.Tetapi adakah mereka dapat bersama ketika konflik berat menghadapi mereka? Nanael Evsila Claudia Ashkira Meliana Ashé Amaris...