Well dengar tau, veah buat chap ni sambil dengar lagu ni.Feel" githuw
・❥・Kepalanya menyujud ke atas sajadah yang gebu itu.Jam menunujukkan dua pagi.sujud itu ditemani dengan air mata yang menuruni membasahi pipi itu.Suara yang teresak-esak itu mula berkata segala yang terbit ikhlas dari hatinya.
"Ya Allah,Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.Hamba-Mu ini tidak kuat Ya Allah.T-tenangkanlah hatiku yang lemah ini Ya Allah.Hanya Engkau Seorang Sahaja perasaan hatiku ini Ya Allah.Aku mencintai salah seorang hamba-Mu Ya Rabb.Aku Mencintai hamba-Mu bernama Adhan Aathif Asher Ya Allah.H-hilangkan perasaan ini Ya Allah.Aku tidak layak untuknya.Kuatkan lah hamba-Mu ini.Berikanlah dia seorang jodoh yang lebih baik dariku Ya Allah"
Tak terkira berapa lama dia bersujud itu.Angkat sahaja mukanya,kelihatan air mata masih membasihi wajahnya.Terkumat-kamit bibirnya berselawat,matanya memandang bulan yang terpancar dari tingkap biliknya.Betapa rapuhnya ketika itu.
Cintanya kepada lelaki itu amat besar tetapi.....Dia tidak boleh bersama dengan lelaki itu.Dia tak layak,dia tak sanggup memperdayakan lelaki itu lagi.
Dia bangun dari kedudukanya dan bergerak ke arah meja kerjanya.Sebuah kotak yang berisi cincin itu dipandang dengan hati yang sedih.Dia memeluk kotak itu erat dan rapat.
"Im sorry.I love you so much that it hurts.Loving you is hard especially in secret,but I still wanted to even it hurts so much" sekali lagi,air mata dengan deras jatuh dari matanya.
'Ashkira ikhlas mencintai Adhan kerana Allah.Dia lebih ikhlas melepaskan Adhan demi Allah'
︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵
Malam berinai diraikan dengan meriah.Amaris dan Nanael duduk di atas pelamin dirumah Ashkira diatas permintaan Ashkira sendiri.Tangan tiga sahabat itu dihiasi dengan inai.
Senyuman yang gembira mekar diwajah seluruh ahli keluarga mereka.Ashkira dengan mata yang sembab kerana menangis untuk melepaskan sahabat-sahabat syurga pada esok hari itu ditertawakan oleh keluarganya.
"Nanti kita buat same resepsi bertiga after Kira dah jumpa jodoh dia" cadang Amaris.
"Ate kome nak tunggu teman jumpa jodoh? Memang idokler" Ashkira mengjulingkan matanya.
"Lagipun aku rasa macam aku tak sempat nak kahwin dekat dunia ni.Aku kahwin kat syurga je nanti" sambungnya dengan kenyitan mata dibelah kiri.Hanya senyuman yang perit itu tidak nampak oleh sesiapa.
YOU ARE READING
Abq 'Aqrab (Stay Closer) ✅ Re-pub
RomanceTiga sahabat karib yang sentiasa bersama dari sekolah menengah hingga lah ke alam dewasa.Mereka sudah seperti adik beradik.Tetapi adakah mereka dapat bersama ketika konflik berat menghadapi mereka? Nanael Evsila Claudia Ashkira Meliana Ashé Amaris...