Abq 'Aqrab 11 ❤

933 128 7
                                    

Kereta milik Ashkira berhenti di hadapan rumah agam yang mewah.Ashkira memandang Nanael dan rumah itu berkali-kali.

"Betul ke rumah ni Nael?" soal Ashkira.

"Betul la kot,jap aku call aunty Farrah" jawab Nanael.

Nanael menghubungi Datin Farrah,tidak lama selepas itu,pintu pagar besar rumah agam itu terbuka.

Ashkira dengan berhati-hati memasuki kawasan rumah agam tersebut.

Kereta miliknya di parking di tepi rumah itu.Mereka bertiga melangkah keluar dari kenderaan tersebut dan menapak ke pintu masuk rumah itu.

Belum sempat Nanael ingin menekan loceng,pintu itu dibuka besar dan kelihatan Datin Farrah didepan pintu itu.Lebar senyuman di wajah Datin Farrah melihat tiga sekawan itu.

"Assalammualaikum aunty" serentak mereka bertiga memberi salam.

"Waalaikummusalam masuklah" Datin Farrah menjemput mereka bertiga masuk kedalam rumah.

Mereka bertiga menaggalkan kasut mereka dan mengikut Datin Farrah memasuki rumah itu.Terbuka luas mata mereka bertiga melihat design rumah itu. "Besar wei,cantik" bisik Nanael kepada Amaris.

"ye doe,lawa" Mata Amaris melilau di merata tempat.

"Thalia dorang dah sampai" jerit Datin Farrah. "Yeke kejap" laung Tengku Athalia kembali.

"Aunty Athalia pun ada ke aunty" tanya Ashkira lembut. "Iya katanya nak jumpa korang jugak" Ashkira hanya menanggukkan kepalanya.

"Duduk dekat sini dulu,aunty nak pergi dapur" "aippp duduk sini aunty kata" sambung datin farrah apabila melihat mereka bertiga ingin bangun mengikutinya.

Mendengar arahan dari wanita itu,terus mereka bertiga duduk di atas sofa itu.Segan dan malu apa yang mereka rasai waktu itu.

Dato' Aeril dan Haris yang baru turun dari tingkat atas melihat tiga sekawan itu duduk di ruang tamu itu.Mula senyuman mengusik terlakar dibibir dua lelaki berumur itu.

"Hai girls,baru sampai ke?" tanya Dato' Aeril.

"Haah uncle,baru sampai tadi" jawab Amaris.

"Ohhh duduk sini kejap yer,bakal suami kamu semua belum turun lagi tu" dengan itu cepat-cepat Haris dan Aeril berlalu pergi dari ruang tamu.Terletus tawa kecil mereka melihat reaksi tiga sekawan itu.

"Bakal suami?"

"Siapa?"

"Ha?"

Mereka bertiga memandang sesama sendiri pelik. Memang bapak dengan anak sama jer perangai.

.

.

.

.

.

.

Ashkira,Nanael dan Amaris sudah menjadi seperti patung.Tidak bergerak dan bercakap daripada tadi.Baru sahaja Amaris ingin bangun dari duduknya,tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki tertawa.Terbantut kakinya ingin bergerak.

"Ya Allah my makmum is here" Azhan sudah menggedik disebelah Adhan.

Hampir tergelak Ashkira dan Nanael melihat agenda sotong si Azhan itu.

Abq 'Aqrab (Stay Closer) ✅ Re-pubWhere stories live. Discover now