Abq 'Aqrab 10

939 142 15
                                    

Tung

Tang

Tung

Tang

Bunyi bising didapur.Kelihatan Ashkira dan Nanael sedang berperang didapur untuk memasak sarapan pagi.

"Ha dah siap" nasi goreng buatan Ashkira dan pisang goreng yang dibeli Nanael pagi tadi terhidang di atas meja.

Aroma nasi goreng itu membuat Amaris yang berada di tangga itu terliur.

"Dari atas aku bau nasi goreng kau ni Kira" Amaris mengambil tempat duduknya disebelah Nanael,Ashkira dihadapan mereka.

"Ha makan,nanti aku hantar kau pergi rumah prof kau"

"Ehh tak yah susah,aku naik grab.Kau tu baru nak rest" Amaris menolak tawaran Ashkira.

"Well,ada aku kisah? Tak ada kan,so aku hantar kau full stop" Ashkira terus menyumbat Amaris pisang goreng ,hentikan daripada dia terus menolak.

"Aku ikut sekali,risau la kalau jadi apa-apa" Nanael sambung.Ashkira hanya menganggukkan kepalanya.

Amaris dah pasrah,dua ekor sahabatnya ini memang protective ehh silap over-protective.

Selesai makan,mereka terus memasuki kereta untuk pergi ke rumah professor Amaris itu.

Kereta yang setia mengikuti mereka semalam berada di depan rumah sewa mereka.

"Hello Tuan ,dorang baru gerak dari rumah" "Okay Tuan"

                                                                                         ***

Didalam kereta,kelihatan mata Ashkira yang sedang menahan geram.Nanael pula sudah panas punggung tidak sedap hati.

"Sumpah,kalau prof kau buat apa-apa kat kau Ris,aku tak teragak-agak nak buat report even the case sampai mahkamah sekali pun." suara Ashkira kedengaran sedang menahan marah.

"It's okay Kira Nael,aku tak rasa dia nak buat something kan?" even ayat Amaris kedengaran tidak berapa yakin.

"We're here Ris don't worry okay" Nael memberi semangat.

Sampai sahaja dihadapan rumah professor itu,Ashkira menyuruh Amaris untuk memberi tahu ketibaan mereka.Mereka tunggu didalam kereta sementara menunggu proofessor Amaris untuk membuka pintu.

Nanael terus mengucap melihat pakaian yang dipakai professor itu.Seluar pendek dengan singlet.Ashkira mengumpal penumbuknya,dia memandang Amaris sambil memberi insyarat untuk keluar kereta bersamanya.

Amaris mengambil nafas dalam-dalam dan menapak keluar dari kereta itu diekori Ashkira,Nanael menunggu diluar kereta.

"Assalamualaikum prof,ini assignment yang prof minta"

"kalau tak ada apa-apa saya gerak dulu ye" belum sempat Amaris ingin jalan pergi dari situ.Tangannya dipegang oleh dia.

"Masuk la dulu,minum-minum,nanti saya hantar awak balik" kata professor itu.

Belum sempat dia ingin menarik Amaris memasuk ke dalam rumah.Ashkira sudah memegang tangan Amaris yang dipegang itu.

Dia menarik tangan itu dan memandang professor itu dengan mata yang berapi.

"Tak apa lah professor Malik,kami busy ni" dengan itu dia menarik tangan Amaris,terlepas gegaman Malik itu.

"Stop,awak siapa?yang busy tu awak bukan Amaris"

Abq 'Aqrab (Stay Closer) ✅ Re-pubWhere stories live. Discover now