ABQ 'AQRAB 2 🦋

1.2K 159 5
                                    


Di universiti,Nanael yang sudah habis kelasnya bergerak menuju ke café disitu. Dia memlih tempat duduk di hujung café itu untuk mempunyai privacy yang lebih selamat. Air jus orange miliknya hampir habis kerana menuggu sahabatnya dua orang itu.

"Haihh,manelah minah dua ekor ni.Nak kata kelas habis lambat,sama jer time ngan aku."

Nanael mengeluh.Sementara menuggu lagi,dia sempat mengelamun jauh. Ashkira dan Amaris yang melihat Nanael yang mengelamun itu,muncul dibelakangnya dan bisik di tepi telinganya.

"Menung apa tu cik adik oii" serentak mereka berdua dapat jelingan maut Nanael. "Korang la,lambat sangat tengok air aku pun dah habis.Ha asal lambat?" tanpa menunggu terus Nanael mengattack mereka.

Ashkira dan Amaris melabuhkan punggung mereka di depan Nanael. "Kelas aku memang habis awal tapi minah ni entahlah kenapa" Ashkira jawab persoalan Nanael sambil menjeling kepada Amaris. "Kenapa Ris?Kau ada problem ke?" tanya Nanael prihatin.

"Aku tak de any problem,tapi prof aku yang ada.Ada ke patut dia suruh aku hantar material project yang dia suruh tu harini??? Padahal due date tiga minggu lagi" panjang lebar Amaris explain kepada Nanael. Mula lah Nanael dan Ashkira pandang sesama sendiri pelik. Due date lagi tinggu miggu kenapa mintak sekarang? Pelik sungguh mereka dengan prof Amaris ini.

Amaris bangun untuk membeli air untuknya dan Ashkira. Ashkira memandang Nanael tu dengan penuh pelik.

"Kau rasa tak yang prof tu pelik?" mula lah Ashkira punya curious tu.Nanael cuma mengangkat bahunya tanda tidak tahu walaupun dirinya pun teras aneh dengan sikap orang tua itu,dah macam tak ada orang lain asyik aim si Amaris itu sahaja.

Ashkira melepaskan keluhannya. Malas lah diaa mahu fikir pasal benda ini. Amaris tiba kembali ke meja mereka dengan dua gelas berisi air milo. Dia dan Ashkira dengan lajunya meminum air itu kerana terlampau dahaga dan sudah tentu membaca Bismillah dahulu. Ashkira yang baru ingat sesuatu terus menepuk tanganya membuatkan Amaris dan Nanael terkejut.

"Ya Allah,kau dah kenapa Kira" Nanael bertanya kepada sahabatnya itu.Ashkira cuma mengeyitkan matanya kerana jikalau dia senyum pun bukannya mereka nampak dah dia berpurdah.

Amaris cuma memandang Ashkira pelik,minah ni kalau perangai tak normal sehari memang tak sah. Ashkira memandang mereka berdua.Amaris yang mula pening kepala dengan perangai Ashkira itu menepuknya.

"Tak delah ,haritu kan aku sajalah drive pusing-pusing lepastu aku terjumpa satu pantai ni,MasyaAllah cantik giler dengan vibe dia lepastu tak ramai orang." dengan tekun Ashkira memberitahu pasal pantai itu.

"Lepastu kau nak kitaorang buat apa sayang?" Nanael tanya lagi kepadanya.

"Jom malam ni kita pergi sana nak,ingat tak dulu kita ada cakap nak pergi pantai sama-sama hilangkan stress.Ha jom la pergi harini,final exam pun lagi bape bulan sekarang la nak enjoy" Ashkira memberi cadangannya.

"Boleh jugak tu" Amaris setuju. Nanael hanya menganggukkan kepalanya.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🦋 here you go...jangan lupa vote dan comment ❤️ see you tomorrow?

Abq 'Aqrab (Stay Closer) ✅ Re-pubWhere stories live. Discover now