Seduction | 16

13.6K 841 98
                                    

           SELESAI perbincangan mengenai  projek pembinaan hotel bertaraf 5 bintang dengan nilai cecah jutaan ringgit akhirnya perbualan dia dengan pemilik syarikat pembinaan terbesar di Malaysia itu tamat dengan satu dentingan cawan kopi.

"Deal."

Daniel tertawa kecil sambil memandang Dato Jibriel. Lelaki itu, dengan usia baru mencecah 35 tahun dia sudah punyai empayar bisnes yang sangat besar atas usahanya sendiri. Dia kenal Jibriel bukan sehari dua dan dia sangat kagum dengan kecekalan lelaki kelulusan kejuruteraan itu sebab itu dia tak teragak-agak untuk berurusan dengan Jibriel.

"Proud of you Daniel, full of determination" puji Jibriel dalam nada sangat tenang.

"Says someone who work his ass off... look at yourself, Jibriel" balas Daniel. Baru sahaja dia puji lelaki itu atas kecekalannya dia pula yang dipuji. Bicaranya juga penuh matang.

"I'm serious bro. Baru semalam shopping yacht harini dah naik projek baru. Reward dulu ya?" Jibriel tertawa sambil gelengkan kepala. Ya, Daniel baru sahaja beli sebuah kapal layar persendirian semalam dan hari ini dia berjumpa untuk buat satu perjanjian bisnes baru. Tak ubah macam main monopoli.

Daniel tertawa kecil dan kembali mencicip kopinya. Dalam berbelanja sakan, haruslah ada investment juga.

"Macam mana dengan Harith, Farris dan yang lain?" Soal Jibriel. Tentulah dia kenal keempat-empat rakan baik Daniel itu. Dari dulu, mereka memang sudah bersama seperti adik beradik.

"Macam itulah, bila masing-masing dah kahwin susah sikit nak jumpa sekarang. Sibuk duduk bawah ketiak isteri je,"

Jibriel tertawa lagi. "Biasalah, kau pun tak lama lagi macam tu juga,"

Giliran Daniel pula tertawa, dia tak menafikan hal itu sebab didalam kepalanya sudah muncul wajah Amanda. Bagaimana rasanya hidup sebagai suami isteri dengan wanita itu? Membayangkan sahaja hatinya sudah menggeletis suka.

Dua hari sejak dia kembali bertemu Amanda, tak sia-sia setiap malam dia ke kondominium wanita itu sepanjang mereka tidak bertemu . Hari-hari menanti kepulangan yang tak muncul-muncul. Setiap kali Daniel datang, dia akan tunggu sampai jam 12 malam sebelum dia pulang dengan hati yang langsung tak tenang sebab Amanda tak pulang ke kondo dia sepanjang seminggu lalu.

Sehinggalah malam kelmarin bila penantian dia akhirnya berakhir. Sejujurnya, tak susah untuk cari lokasi Amanda berada— rumah keluarga wanita itu tapi dia tak mahu mungkir janji. Dia dah janji pada Amanda yang dia akan cari tahu hal peribadi Amanda dari wanita itu sendiri.

Bila tenang sikit fikiran, kepalanya mula diterjah satu wajah. Senyumannya mati bila teringatkan gambar yang dia lihat di Instagramnya awal pagi tadi.

•••

          "HANS?" Panggil Amanda yang baru ingin keluar dari rumah bila melihat wajah serius Hans sedang bercakap dengan telefon bimbit.

Hans pandang Amanda namun telefon masih kekal di telinganya. "Aku nak kau uruskan hal ni atau aku akan uruskan cara aku." Ujar Hans dan panggilan dimatikan.

"Kenapa Hans?" Soal Amanda seraya merapati Hans. Bahu Hans disentuh.

"Tak payah keluar hari ini, Amanda. Suruh Bobby cancel semua urusan hari ini dan datang sini temankan kau,"

"Tapi Amanda ada camp..."

"Dengar cakap aku,"

"Kenapa Hans? Event hari ini penting sang..."

"Aku bayar untuk ganti rugi kau nanti."

Amanda kerutkam wajah. Ini bukan soal ganti rugi, apa pula orang kata nanti.

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang